Protes di Yunnan: Penunjuk Perasaan Bertembung Polis

Penunjuk perasaan telah bertempur dengan sejumlah besar polis berhubung rancangan merobohkan kubah sebuah masjid di sebuah bandar yang mempunyai majoriti penduduk Muslim di Yunnan, China.

Video-video di media sosial menunjukkan orang ramai berada di luar Masjid Najiaying, masjid abad ke-13 di bandar Nagu pada Sabtu. Pergelutan berlaku antara polis dan penduduk tempatan, yang dikepung oleh ratusan pegawai bersenjata.

Yunnan adalah sebuah wilayah yang mempunyai pelbagai etnik di selatan China dengan jumlah penduduk Islam yang signifikan.

China secara rasmi adalah berfahaman ateis dan kerajaannya mengatakan ia membenarkan kebebasan beragama. 

Namun pemerhati berkata, terdapat peningkatan tindakan keras terhadap kumpulan agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini – dengan Beijing dilihat cuba mendapatkan kawalan yang lebih besar.

Di Nagu, Masjid Najiaying telah menjadi mercu tanda utama dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah berkembang dengan bumbung kubah baharu serta beberapa menara.

Bagaimanapun, penghakiman mahkamah pada 2020 memutuskan bahawa penambahan itu kubah itu tidak sah, dan memerintahkan agar ia dikeluarkan. Tindakan untuk melaksanakan perintah itu baru-baru ini nampaknya telah mencetuskan demonstrasi.

Video protes pada Sabtu yang disahkan oleh BBC, menunjukkan barisan polis menghalang kemasukan ke masjid, dan sekumpulan lelaki cuba merempuh dengan beberapa orang membaling batu ke arah polis.

Klip lain menunjukkan polis kemudiannya menarik diri ketika orang ramai memasuki Masjid Najiaying.

Polis di daerah Tonghai di mana terletaknya bandar Nagu, mengeluarkan kenyataan pada Ahad menggesa penunjuk perasaan menyerah diri kepada polis menjelang 6 Jun. Berpuluh-puluh orang telah ditangkap setakat ini.

“Mereka yang secara sukarela menyerah diri dan mengaku dengan jujur fakta pelanggaran dan jenayah, boleh dikenakan hukuman yang lebih ringan atau diringankan,” kata polis dalam notis itu.

Menggelar insiden itu sebagai “satu penghalang serius terhadap perintah pengurusan sosial,” pihak berkuasa turut menggesa pihak lain untuk “melaporkan secara aktif” terhadap penunjuk perasaan.

Protes di China masih agak luar biasa, tetapi lebih banyak berlaku sejak pandemik Covid-19 di mana penguatkuasaan ‘lockdown’ yang sangat ketat dan sekatan pergerakan yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Etnik Hui adalah salah satu daripada 56 kumpulan etnik yang diiktiraf oleh Beijing dan kebanyakannya adalah Muslim Sunni. Yunnan, yang terletak di barat daya negara itu, adalah tempat tinggal kepada kira-kira 700,000 daripada 10 juta Muslim Hui di China.

Mereka sering dirujuk sebagai Cina Muslim oleh media tempatan, dan dilihat sebagai berintegrasi dengan baik bersama masyarakat Cina selepas berabad-abad berkahwin campur dan berasimilasi.

Pemerhati berkata, Beijing telah berusaha untuk mempunyai lebih kawalan ke atas kumpulan agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini – dan bagaimana mereka beroperasi dalam masyarakat.

Pada 2021, Presiden Xi Jinping berjanji untuk meneruskan “Sinisisasi agama” – transformasi kepercayaan agama untuk mencerminkan budaya dan masyarakat Cina.

Pada 2018, ratusan orang Muslim Hui di wilayah Ningxia terlibat dalam perselisihan yang berlarutan dengan pihak berkuasa untuk menghalang masjid mereka daripada dirobohkan. Pihak berkuasa kemudiannya mengalah tetapi menegaskan bahawa ciri Arabnya mesti diubah.

Pada tahun yang sama, tiga masjid di Yunnan juga ditutup kerana dianggap sebagai “pendidikan agama yang haram.”

China juga telah dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia secara sistematik terhadap Muslim Uyghur di wilayah barat laut Xinjiang, di mana masjid-masjid telah dirobohkan dan amalan agama Islam diharamkan. Bagaimanapun, Beijing menafikan tuduhan pencabulan tersebut.

Sumber: BBC

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia