Pelan Al-Falah: IKRAM Kunjungi Menteri Agama

Pelan Al-Falah: IKRAM Kunjungi Menteri Agama | IKRAM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia telah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Mokhtar, pada Rabu di sini.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan NGO IKRAM dan visinya menjadikan Malaysia Negara Rahmah, diikuti dengan perbincangan gagasan Malaysia Madani yang selari dengan visi IKRAM.

“IKRAM bersedia menjadi rakan strategik pembinaan negara dengan memfokuskan kefahaman Islam wasatiy bagi membentuk perpaduan yang utuh,” kata Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin yang mengetuai delegasi kunjungan.

Selain itu, IKRAM juga menyatakan kesediaan bekerjasama dalam menjayakan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah).

Dalam pertemuan itu, Dato’ Dr Na’im amat menyambut baik cadangan dan saranan yang disampaikan IKRAM  ke arah memperkukuh kefahaman Islam dan pendekatan dakwah. 

“Saya telah meminta agensi YADIM untuk mengaktifkan penglibatan NGO-NGO Islam untuk membantu kerja-kerja dakwah antaranya penerangan pendekatan rahmah yang kita gerakkan di peringkat agensi,” jelas beliau dalam satu hantaran di laman Facebook.

Ini kerana, bagi beliau, NGO Islam adalah rakan strategik agensi Islam.

Turut hadir Timbalan Presiden IKRAM Jusni Yusoff, Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ketua Wanita Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Ahli JKP Hj Ainullotfi Abdul Latif, Dr Hajar Opir dan Hj Azman Abd Rashid.

IKRAM juga merakamkan penghargaan kepada YB Menteri atas kesudian menerima kunjungan dan berharap akan kerjasama ini akan berterusan.

#BinaNegaraRahmah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia