PM, Delegasi Selamat Tiba di Tanah Air

PM, Delegasi Selamat Tiba di Tanah Air | IKRAM

SEPANG – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama delegasinya tiba di tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi menzahirkan komitmen Malaysia membantu rakyat Turkiye yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi.

Pesawat khas yang membawa Anwar serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Terdahulu, ketibaan Anwar bersama Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali disambut Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel.

Dalam lawatan itu, Anwar telah bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Ankara bagi menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat Malaysia dan memaklumkan berkenaan bentuk bantuan yang telah diusahakan pihak kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri turut menyantuni pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi, Turkiye dan melahirkan rasa bangga atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan itu.

Pasukan SAR negara terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau turut memberitahu di Parlimen hari ini, sehingga kini, Malaysia telah berjaya mengumpul dana bantuan bencana di Turkiye dan Syria sebanyak RM50 juta.

Sebelumnya, Anwar telah menunjukkan komitmen dan solidariti kepada rakyat negara itu dengan menghantar dua pasukan SMART termasuk dua anjing pengesan (K9) serta membina Hospital Medan Malaysia Tahap Tiga yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia.

Pada 6 Februari lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda kawasan selatan Turkiye serta utara Syria, dan setakat 13 Februari, dilaporkan bilangan kematian mencecah 31,644 orang, dengan 106,428 lagi cedera, manakala di Syria pula, 5,329 orang maut dan 14,500 orang cedera.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia