Belanjawan 2023 Jadi Tumpuan Sidang Parlimen Ke-15

Belanjawan 2023 Jadi Tumpuan Sidang Parlimen Ke-15 | IKRAM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Dalam pada itu, baginda memulakan titah ucapan istiadat pembukaan mesyuarat dengan mengajak ahli Parlimen bertafakur dan menyedekahkan al-Fatihah bagi mengingati mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Baginda turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Perdana Menteri Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, rakyat Turkiye dan Syria berikutan malapetaka yang melanda negara berkenaan.

“Sesungguhnya, Malaysia berasa amat dukacita di atas musibah tersebut, justeru Beta meminta ahli-ahli Yang Berhormat untuk berdiri bertafakur bersama Beta, dan kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan al-Fatihah,” titahnya.

Setakat ini, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi berkenaan.

Gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada minggu lalu itu mengorbankan lebih 32,000 mangsa.

Berlangsung 29 Hari

Terdahulu, pada 19 Disember lepas telah diadakan persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan selama dua hari, antara lain melibatkan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, serta pembentangan bajet mini.

Menurut takwim yang dipaparkan di laman web Parlimen, persidangan kali ini yang berlangsung selama 29 hari tertumpu kepada perbahasan Titah Diraja bermula 15 hingga 21 Februari serta pembentangan semula Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 oleh Anwar merangkap Menteri Kewangan, yang dijadual berlangsung pada 24 Februari.

Rang Undang-undang itu seterusnya akan dibahas di peringkat dasar selama enam hari bermula 27 Februari serta sesi jawapan menteri pada 8 Mac dan 9 Mac, sebelum disusuli perbahasan peringkat jawatankuasa pada 13 Mac hingga 28 Mac.

Cabaran Ekonomi Semasa

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan pada 8 Februari lepas dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa tetapi boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta memberi rahmah kepada rakyat.

Turut dijangka mencuri tumpuan adalah pembentangan kertas putih berkaitan perolehan dan kos pembelian vaksin Covid-19 yang didapati tidak mengikut prosedur sebelum ini.

Selain itu, Kertas Putih mengenai kes Batu Puteh turut dijangka dibentangkan untuk tindakan selanjutnya, disediakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Persidangan kali ini juga bakal menyaksikan pembaharuan termasuk sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada setiap Selasa yang dijalankan secara ujian rintis bermula 13 Februari.

Namun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan sesi itu bagi membolehkan Perdana Menteri menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, namun ia belum boleh dimaktubkan sebagai sesi tetap.

Menurut Johari, ia bagi mengenal pasti masalah yang mungkin timbul susulan pelaksanaan sesi itu,selain ia juga memerlukan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum digazetkan sebagai sesi tetap sidang Dewan Rakyat.

Selain itu, sesi Kamar Khas juga ditambah baik dengan membanyakkan jumlah usul iaitu daripada dua usul setiap sesi kepada empat usul.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia