Parlimen Tergantung: Utamakan Kestabilan Negara

Buat pertama kali, Malaysia menghadapi situasi parlimen tergantung dalam sejarah pilihan raya umum (PRU) setelah tiada parti atau gabungan parti yang berjaya memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan pusat dalam PRU15.

Sudah masuk hari keempat setelah rakyat Malaysia membuang undi, keadaan masih samar-samar dalam menentukan gabungan parti mana yang akan terpilih mengambil alih kuasa dan menentukan Perdana Menteri ke-10.  Para pengundi masih menanti dengan debar dan resah. 

Beberapa siri rundingan sesama parti politik dibuat, namun masih belum menemukan jalan muktamad.

Sebagai usaha menyelesaikan kemelut, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pemimpin gabungan parti politik Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghadap baginda di Istana Negara bermula semalam.

Pada hari ini, beberapa pimpinan politik yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bergilir-gilir ke Istana Negara menghadap Agong. Namun sehingga kini, belum ternampak lagi jalan keluar yang jelas.

PN kekal dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PH. Susulan daripada pertemuan dengan Agong, GPS mengekalkan sokongan untuk tetap bersama PN. 

Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula memaklumkan bahawa Agong menitahkan agar BN mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.  Dalam waktu yang sama,  PH dan PN kini sedang bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada parti lain. 

Dilaporkan, Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat pada esok hari, Khamis di Istana Negara bagi membincangkan mengenai penubuhan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10. 

Dalam kemelut ini, ekonomi negara sedikit sebanyak terjejas akibat ketidaktentuan politik dalam negara. Pasaran saham terus merundum dan nilai mata wang mengalami kejatuhan. Pelabur berasa gusar dengan ketidakstabilan cuaca politik negara.

Pada waktu yang sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan agama hingga menjejaskan kestabilan dan keamanan dalam negara.

Sekatan jalan raya di seluruh negara mula berjalan dengan khemah didirikan di setiap daerah selama 24 jam.

Jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, sekatan jalan raya (SJR) itu sebagai usaha mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence atau kehadiran anggota polis bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam. 

Ini berkemungkinan kerana tularnya kandungan di media sosial Tiktok tentang Rusuhan 13 Mei 1963 daripada anak-anak muda hingga telah menyemarakkan api perkauman. 

Ternyata silibus pendidikan sekolah seakan gagal mendidik anak-anak muda menghayati sejarah perjuangan orang-orang terdahulu yang dicapai melalui toleransi dan kesepakatan antara pelbagai pemimpin kaum dan agama pada waktu itu sehingga tercapai kemerdekaan.

Sejarah atau peristiwa yang berlaku adalah untuk renungan dan iktibar generasi masa depan, bukan untuk menjadi ungkitan dan diapi-apikan sentimen kebencian.

Pada waktu yang kritikal seperti ini, rakyat harus bersatu padu mengekalkan kedamaian dan keamanan, bukan sebaliknya. Rakyat Malaysia kuat kerana kesepaduan dan berpecah belah hanya mengundang ancaman.

Situasi parlimen tergantung pada hari ini adalah keadaan luar biasa yang tidak pernah dihadapi oleh sistem demokrasi negara. PRU15 ini telah memberikan pendidikan hidup kepada rakyat tentang memahami proses pembentukan kerajaan, perlembagaan dan kuasa Agong. 

Dalam waktu yang sama, sisi pemimpin politik juga terlihat jelas dalam niat usaha mereka untuk mewujudkan kerajaan yang stabil demi kepentingan rakyat.

Ketika kempen manifesto, setiap parti atau gabungan parti  membawa naratif yang akan mengutamakan kemaslahatan rakyat dalam pentadbiran mereka. 

Melihat kepada realiti yang berlaku beberapa hari ini, jelas terlihat masih ada sebahagian parti atau ahli parti yang masih mengamalkan politik permusuhan yang sepatutnya dileraikan pada waktu kritikal sebegini.

Berbeza ideologi itu boleh tetapi jangan berseteru sehingga menjejaskan kestabilan negara. Politik muafakat dilihat sebagai alternatif untuk diutamakan sebagai pegangan dalam kemaslahatan yang dihadapi sekarang.

 

Politik muafakat berasaskan kerjasama yang perlu kepada tolak ansur, hormat menghormati, saling mempercayai, jujur dan ikhlas. Bagi melaksanakan hal ini, ia memerlukan kemahuan politik (political will) yang tinggi daripada setiap pihak.

Setiap parti mempunyai kelebihan dan kekurangan, dan muafakat yang terhasil dapat menampung kekurangan dengan kekuatan yang ada pada pihak lain. Permusuhan tidak pernah menguntungkan, bahkan hanya merugikan. 

Ahli parlimen yang sudah terpilih sewajarnya menjalankan tugasnya yang sebenar iaitu mengutamakan rakyat dalam agenda perjuangan dan bukan menjadi wakil parti semata-mata.

Terpilih sebagai ahli parlimen bermaksud pemimpin itu telah dipercayai oleh rakyat sebagai wakil terbaik untuk mengurus rakyat serta mentadbir negara.

Ahli parlimen sekalian, berjiwa besar dan bermuafakatlah demi kepentingan rakyat dan demi kestabilan, keharmonian dan kemakmuran negara.

Basmin Maarof

Jabatan Penyiaran dan Multimedia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia