Bubar Parlimen Musim Banjir Tidak Wajar

Bubar Parlimen Musim Banjir Tidak Wajar | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius ura-ura untuk membubarkan Parlimen pada waktu terdekat.

Dengan ramalan banjir yang bakal melanda negara pada penghujung tahun ini dan awal tahun hadapan, tindakan membubarkan Parlimen pada waktu ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika rakyat sedang bergelut dengan banjir adalah satu kezaliman yang disengajakan kepada rakyat, malah kerajaan juga akan menanggung kerugian yang besar.

IKRAM berpandangan bahawa kerajaan hendaklah memberi tumpuan kepada menyelesaikan permasalahan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit, khususnya yang berkaitan dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.

IKRAM juga mencadangkan agar kerajaan meluluskan Akta Pendanaan Politik sebelum PRU15 supaya pendapatan dan perbelanjaan semasa PRU dapat dipantau dengan tersusun dan mengelakkan gejala rasuah.

IKRAM menyambut baik penguatkuasaan pindaan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti (Akta A1663) yang bermula pada 5 Oktober 2022, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PRU merupakan satu amalan demokrasi yang sangat penting bagi negara serta melibatkan semua rakyat yang layak mengundi. Tindakan membubarkan parlimen secara tergesa-gesa adalah tidak wajar sama sekali. Kepentingan rakyat dan negara perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam apa juga keadaan.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia