Solat sunat Hari Raya Aidiladha dilakukan sebanyak dua rakaat, diikuti dengan mendengar khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijah dan hukumnya adalah sunat muakkad.
Segala rukun dan syarat solat Aidiladha serta sunat-sunatnya sama seperti solat fardu lima waktu, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama dan lima (5) kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bacaan tasbih di antara tiap-tiap takbir.
1. Lafaz niat makmum
أُصَلِّي سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”
2. Lafaz tasbih
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر ]
Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Rakaat Pertama
1. Mulai dengan lafaz takbiratul ihram dengan menyebut “Allahu Akbar” disertakan dengan niat dalam hati.
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh (7) kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan:
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر ]
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Quran (disunatkan membaca surah al-A’laa)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat kedua
1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima (5) kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan:
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر ]
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun, sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Sumber: JAKIM