Parlimen Malaysia sambut Hari Komanwel esok

SERI KEMBANGAN – Bagi meraikan kepelbagaian jalinan persefahaman antara negara anggota Komanwel, Parlimen Malaysia akan menyambut Hari Komanwel 2022 pada esok, Rabu.

 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) antara lain bagi meraikan sumbangan Komanwel untuk mewujudkan persekitaran global yang harmoni.

 

“Sukacita dimaklumkan pada Isnin minggu lalu adalah sambutan Hari Komanwel 2022.”

 

Menurutnya, bertemakan ‘Delivering a Common Future’, Malaysia yakin serta komited untuk bekerjasama dengan negara anggota Komanwel ke arah mencapai keamanan sejagat dan kemakmuran bersama.

 

“Ini terutama bagi menangani perubahan iklim, mengukuhkan tadbir urus dan meningkatkan perdagangan pelbagai hala,” katanya sebelum sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada hari ini.

 

Dalam pada itu, Azhar Azizan menambah, Malaysia yakin Komanwel mampu menangani wabak Covid-19 menerusi perkongsian inovatif serta pendekatan baharu bagi melindungi kesejahteraan bersama.

 

“Sambutan Hari Komanwel 2022 peringkat Parlimen Malaysia akan diadakan esok, 23 Mac 2022 anjuran CPA Malaysia.”

 

Justeru beliau menyeru agar semua ahli Yang Berhormat bersama-sama menjayakan program ini nanti.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia