Gantung siaran drama ‘Perempuan Itu’ – Wanita IKRAM & MAP
SERI KEMBANGAN – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) dan Malaysians Against Pornography (MAP) menggesa agar drama ‘Perempuan Itu’ digantung penyiarannya kerana dengan jelas cuba meraih publisiti murahan dan mengandungi unsur-unsur gangguan seksual secara terang-terangan. “Walaupun klip video tersebut telah diturunkan daripada media sosial dan pelakon serta syarikat tersebut telah memohon maaf, namun begitu […]
Jauhi manusia toksik
Seringnya pabila ada, ia tidak menghargai sesuatu itu dengan selayaknya. Pabila tiada, waktu itulah akan terbit kata-kata penyesalan yang seakan tiada berkesudahan. Ketika diingatkan dalam sesuatu hal, acap kali dinafikan segala yang diperbuat itu. Paling tidak, rendah hatilah memohon kemaafan dan mengaku salah dengan apa yang telah terjadi. Namun, situasi itu jarang sekali […]
Drama berunsur lucah bukan budaya kita
Baru-baru ini tular di media sosial klip pendek drama Melayu berjudul ‘Perempuan Itu’ yang dijangkakan tayangannya pada bulan Ramadan ini, memaparkan adegan berunsur seksual dan lucah. Walaupun klip video tersebut telah diturunkan daripada media sosial dan pelakon serta syarikat tersebut telah memohon maaf, namun begitu perancangan adegan sedemikian tidak seharusnya dihasilkan sejak dari mula. […]
Parlimen Malaysia sambut Hari Komanwel esok
SERI KEMBANGAN – Bagi meraikan kepelbagaian jalinan persefahaman antara negara anggota Komanwel, Parlimen Malaysia akan menyambut Hari Komanwel 2022 pada esok, Rabu. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) antara lain bagi meraikan sumbangan Komanwel untuk mewujudkan persekitaran global yang […]