Cuci loji rawatan air berlumpur

SERI KEMBANGAN – Bukan sekadar cuci rumah mangsa banjir, cuci Loji Rawatan Air di Karak, Pahang yang berlumpur pun turut dilakukan oleh sukarelawan-sukarelawan misi banjir daripada IKRAM Perak.

 

Tidak mudah untuk mencuci sebuah loji air. Selain mencuci bahagian atas, mereka perlu turun ke dalam loji tersebut yang gelap dan turut diselaputi lumpur tebal. 

 

Pasukan pembersihan loji oleh IKRAM diketuai oleh Puan Hadijah Dolah dan operasi ini dijalankan dengan kerjasama Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad. 

 

Misi Bantuan Banjir IKRAM Perak Ke-2 pada 1-2 Januari lalu disertai 90 orang sukarelawan dan diketuai oleh Encik Mohd Hasyahril Mohd Hashim turut mendapat kerjasama daripada Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak dan GEMA Perak.

 

Selain loji rawatan air, mereka turut membantu mencuci dan membersihkan beberapa buah rumah yang masih berlumpur selepas dilanda banjir di Taman Chegar Medang.

 

“Walaupun kami ditimpa musibah macam ni, tapi ada wakil daripada IKRAM yang sudi membantu meringankan kerja-kerja kami,” kata Encik Yusni, anak kepada warga emas, Puan Maimunah, 74.

 

Bagi pihaknya sekeluarga, mereka sangat bersyukur dan berdoa semoga diberikan keberkatan kepada semua sukarelawan IKRAM yang sudi menolong membersihkan rumah.

 

“Allah saja yang dapat membalas budi baik adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekalian,” ujarnya.

 

Selain itu, masyarakat bukan Islam turut dibantu. Encik Suki dan isteri pula antara penduduk di Taman Chegar Medang yang sempat dibantu oleh HCF Perak.

 

Rumah mereka ditenggelami air dan dipenuhi lumpur. Sudah jatuh ditimpa tangga, ibu mentua Encik Suki juga menghembuskan nafas terakhir pada masa yang sama.

 

Encik Karim Azidin, Pengurus HCF Perak memberi sejumlah bantuan kewangan kepada Encik Suki dan beberapa penduduk lagi yang turut terjejas bagi meringankan beban yang ditanggung mereka. 

 

“Saya ucapkan terima kasih kepada i-Bantu IKRAM dan HCF kerana membantu kami dalam saat yang sukar ini, kata isteri Encik Suki.

 

Sumber: IKRAM Perak

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia