Filem pendek ‘Cermin’ terjemahan realiti kehidupan kini

SERI KEMBANGAN – Cermin, sebuah filem pendek sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah terjemahan realiti kehidupan kini kepada sebahagian keluarga di Malaysia (pautan: https://youtu.be/93kVcMasN58).

 

Diterbitkan oleh Ansar Creative Media Sendirian Berhad, filem berdurasi hampir tujuh minit ini mengisahkan empat sekawan yang mengharungi situasi tersendiri dalam keluarga masing-masing.

 

“Apa sahaja masalah yang menimpa keluarga, jika tidak ditangani sebaiknya, boleh memberi kesan psikologi dan kesihatan mental yang kurang baik kepada ahli-ahlinya,” kata Pengarah Sambutan, Hj Nahar Md Nor.

 

Tambahnya, menariknya dalam filem ini, ia memaparkan empat situasi berbeza dalam empat buah keluarga dan bagi keluarga yang bermasalah, mereka menjadikan cermin sebagai medium untuk memulihkan semangat diri.

 

“Masing-masing seperti tiada masalah keluarga apabila di hadapan rakan-rakan, namun yang terjadi adalah sebaliknya, dan cermin menjadi terjemahan realiti tersebut.”

 

Filem ini turut diselitkan babak pertengkaran suami isteri, keganasan rumah tangga, pengabaian, perceraian yang merupakan antara realiti yang berlaku kepada sebahagian keluarga.

 

“Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan lelaki dan bapa sebagai pelindung utama keluarga. Jika mereka tidak berperanan dengan sebaiknya untuk membina keluarga yang utuh, maka akan hilanglah kebahagiaan rumah tangga,” ujarnya.

 

Jelas Nahar, masalah-masalah keluarga yang berlaku boleh memberi kesan psikologi kepada ahli-ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anak seperti tekanan, kebimbangan, panik, keresahan, kemurungan dan mereka mungkin berisiko untuk membunuh diri.

 

“Kekuatan mental, spiritual dan sikap positif boleh menjadi benteng dalam menghadapi konflik yang berlaku.”

 

Pada penghujung filem pendek ini, ia memaparkan bahawa semangat dan harapan untuk bangkit kembali itu sentiasa ada, serta nasihat supaya mendapatkan rawatan pakar jika mangsa mempunyai simptom-simptom kesihatan mental yang kurang baik.

 

Dengan tanda pagar #KeluargaUtuh sebagai tema Sambutan Bulan Keluarga 2021, filem pendek ‘Cermin’ boleh disaksikan di saluran YouTube TV IKRAM di pautan https://youtu.be/93kVcMasN58

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia