Gerobok Rahmah bantu ringankan beban 30 keluarga

HULU KELANG – IKRAM Ampang Jaya telah menyalurkan sumbangan kepada 30 orang wakil keluarga di Surau Ar-Raudhah Islamiyah, AU3 pada Rabu, 7 Oktober lalu.

 

Program sumbangan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Ahli (PeKA) IKRAM Ampang Jaya dan Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga susah dan terkesan akibat pandemik Covid-19.

 

“Usaha yang dijalankan ini bukan sahaja melibatkan Ahli Jawatankuasa IKRAM Ampang Jaya, malah turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang membantu menyediakan barangan ke dalam beg sumbangan,” kata AJK PeKA, Noor Ashikeen Ab Hamid.

 

Program sumbangan ini dimulakan dengan penyampaian ucapan ringkas oleh Hj Shirajuddin, selaku Penolong Setiausaha IKRAM Ampang Jaya, diikuti dengan ucapan Puan Anfaal Saari yang merupakan Ahli Majlis Zon 3 MPAJ sebelum sesi penyerahan bantuan.

 

Penerima sumbangan turut mengucapkan terima kasih atas inisiatif IKRAM Ampang Jaya dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk AU3 ini. Turut hadir wakil IKRAM Ampang Jaya iaitu Dr Salina dan Puan Rohani yang telah bersama menyantuni masyarakat setempat.

 

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga yang terkesan akibat Covid-19 di sekitar Ampang Jaya boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Yayasan IKRAM Malaysia ( Maybank 5621 4240 4402) dengan rujukan ‘GR AJ21’.

 

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui dalam talian di pautan https://www.billplz.com/GRAJ21.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia