Kemerdekaan membina masyarakat progresif yang berintegriti, bermaklumat

Masyarakat progresif adalah masyarakat yang terbentuk dengan sifat-sifat kemanusiaan serta berkembang dari sudut kemajuan dan kemudahan dalam kehidupan. 

 

Berintegriti dan bermaklumat adalah ciri masyarakat yang penting dalam pembinaan sebuah negara rahmah dan progresif. Masyarakat berintegriti dan bermaklumat terdiri daripada individu dan warga yang memiliki dan menghayati sifat-sifat dan nilai-nilai mulia. 

 

Masyarakat berintegriti terdiri daripada anggota masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni, baik hati, sopan santun, beradab, berprinsip, bertanggungjawab, dan amanah. Malah masyarakat sebegini melihat sifat ikhlas, jujur, benar, saling menghormati, terbuka, soleh wa musleh (baik dan membaikkan) dan sivik sebagai sifat yang sangat penting unruk diamalkan. 

 

Masyarakat  bermaklumat adalah masyarakat yang membudayakan penggunaan  maklumat dalam  kehidupan  seharian  terutamanya  bagi  tujuan  membuat  keputusan. Ia mempunyai polisi maklumat, pendidikan, pembudayaan maklumat, infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi, perpustakaan dan undang-undang.

 

Dalam  menguruskan sistem maklumat, Islam telah mengajar kita  pendekatan dan kaedah yang berguna untuk diikuti oleh semua. Dalam hal ini, kita mestilah menggunakan pendekatan yang dibenarkan oleh Islam dan menjauhkan diri kita daripada cara atau kaedah yang dilarang oleh Allah SWT.

 

Bermaklumat dan berintegriti adalah budaya rahmah. Ia merupakan ciri-ciri yang sangat penting dalam sebuah masyarakat rahmah dan negara rahmah. Ciri-ciri ini akan melahirkan anggota masyarakat berwatak dan beretika. Malah anggota masyarakat yang beretika akan membentuk masyarakat yang maju dan progresif.

 

Anggota masyarakat progresif bersifat kritikal, tidak taasub, menggunakan hujah, dalil dan fakta. Malah setiap mereka mempunyai nilai tabayyun (selidik) serta berkemahiran mencari maklumat, memanfaatkan ilmu. Tidak dinafikan, kita juga mestilah mampu membezakan antara maklumat yang palsu dan yang benar. 

 

Kesan daripada hilangnya integriti dan pengabaian kesahihan maklumat akan mengakibatkan kecelaruan dalam masyarakat. Masyarakat akan jadi kacau-bilau dan nilai serta akhlak masyarakat akan bertambah buruk.

 

Masyarakat akan hidup dengan prasangka dan mementingkan diri sendiri serta perpaduan akan menjadi tidak kukuh. Rasuah dan korupsi berleluasa, berita palsu atau berita tidak benar tersebar dengan galaknya. Berita sahih sudah tidak dapat dikenal pasti. Media sosial kini menambahkan lagi kegawatan integriti dan penyebaran maklumat palsu.

 

Rasuah adalah pemusnah kepada pembangunan negara. Ia adalah amalan atau perbuatan yang tidak bermoral seperti pecah amanah, rasuah, melanggar peraturan, penyelewengan kuasa dan pilih kasih.

 

Rasuah boleh melumpuhkan perjalanan jentera organisasi dan kerajaan, menjadikan pentadbiran kerajaan lemah dan huru-hara, menjejaskan imej dan kredibiliti negara serta kualiti infrastruktur, menggugat keseimbangan dan kesaksamaan pembangunan dan melahirkan pegawai yang tidak amanah dan gagal dalam pelaksanaan tugasnya.

 

Rasuah dan penyebaran berita palsu mampu dikawal dengan penerapan dan pendidikan nilai akhlak yang benar dan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada mereka ahli politik, ahli perniagaan, pegawai kerajaan atau rakyat awam. 

 

Kesedaran setiap anggota masyarakat serta iltizam terhadap prinsip-prinsip integriti akan menjadikan sebuah negara beretika dan dipenuhi rahmah. 

 

Apabila rakyat mempunyai integriti yang tinggi, maka akan lahir masyarakat yang beretika dan seterusnya akan memacu pembangunan negara menjadi negara progresif dan negara rahmah. 

 

Profesor Dr Omar Yaakob
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia