Kenyataan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan Mengenai Kes Deepa A/P Subramaniam @ Izwan Abdullah

Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Muslim Reverts Association (MRA) Negeri Sembilan berganding bahu dalam mengajurkan satu majlis “Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina”. Butiran program adalah seperti di bawah: Tarikh: 13 Februari 2011 (Ahad) Masa: 11pagi – 3petang Tempat: The Teratai Restoran, D 11/12 Jalan Persiaran Utama S2A, Central Park, Seremban 2 (Berhadapan dengan JUSCO) Bersama-sama kita memeriahkan majlis Insyallah. Merujuk kepada laporan media massa dan media sosial yang telah diterbitkan semenjak keputusan kes ini diumumkan pada 07.04.2014 yang lalu mengenai kes pertikaian di antara Deepa A/P Subramaniam v Izwan Bin Abdullah, kami Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan dan beberapa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain ingin menyatakan keprihatinan dan pendirian kami secara objektif dan saksama dalam kes ini. Berdasarkan maklumat dan informasi yang telah disahkan dan sumber-sumber yang dipercayai, kami ingin memberikan penjelasan sebenar kes ini agar semua pihak dapat berlaku adil dan saksama dalam apa jua bentuk laporan, penerbitan, siaran media dan persepsi positif kepada kedua-dua pihak yang bertikai termasuk institusi yang berbidangkuasa mendengar perbicaraan kes ini. Berikut ialah penjelasan dan kronologi kes Deepa A/P Subramaniam v Izwan Bin Abdullah:- 1. 26 November 2012: Viran a/l Nagapan secara SUKARELA telah memeluk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan dan telah memilih nama Islam sebagai Izwan Bin Abdullah. 2. 4 April 2013: Sebagai bapa yang mempunyai hak ke atas anak-anak, Izwan Abdullah telah mendaftarkan keIslaman kedua-dua anaknya di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan dan telah memilih nama Islam iaitu Sharmila a/p Viran sebagai Nur Nabila binti Izwan dan Mithran a/l Viran sebagai Muhammad Nabil bin Izwan. 3. 15 Mei 2013: Berdasarkan kepada hukum syarak dan kekangan undang-undang yang tidak membenarkan permohonan pembubaran dibuat di Mahkamah Sivil oleh pasangan yang memeluk Islam seperti diperuntukkan di bawah seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Izwan Abdullah telah membuat permohonan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan selaras dengan peruntukkan Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Dengan adanya perintah tersebut maka perkahwinan antara Izwan dan Deepa a/p Subramaniam telah dibubarkan. 4. 28 Jun 2013: Pengesahan pengIslaman kedua-dua anak Izwan Abdullah telah dibuat di Jabatan Mufti melalui keputusan fatwa Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 5. 26 ogos 2013: Izwan Abdullah juga telah memperolehi Perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan di Seremban bahawa Hak Penjagaan SEMENTARA terhadap anak-anak diberikan kepadanya. 6. 19 September 2013: Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan di Seremban telah mengeluarkan satu Perintah bahawa HAK PENJAGAAN KEKAL diberikan kepada Izwan Abdullah dan ibu kandung (Deepa a/p Subramaniam) turut diberikan akses dan hak lawatan terhadap anak-anak tersebut pada bila-bila masa yang munasabah dengan makluman awal kepada Izwan Abdullah. 7. Meskipun terdapat perintah hak jagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban kepada Izwan Abdullah, beliau tidak dapat melaksanakan hak jagaan dan kawalan ke atas anak perempuannya disebabkan anak perempuannya ketika itu berada bersama Deepa a/p Subramaniam. Manakala anak lelaki tersebut berada di bawah jagaan dan kawalan penuh Izwan Abdullah dengan hak lawatan dan akses diberikan kepada Deepa a/p subramaniam selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Syariah tersebut. 8. Izwan Abdullah telah memelihara anak lelaki dengan baik dan menunaikan tanggungjawabnya dengan menyekolahkan dan memberikan ajaran agama yang secukupnya. Izwan Abdullah telah menyekolahkan anak lelaki di tadika Islam TASKI ABIM Nur Ehsan Sepang Putra, Sungai Pelek Selangor. 9. 12 Disember 2013: Deepa telah memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Tinggi Seremban. 10. Pada 4 Mac 2014: sementara menunggu perbicaraan penuh petisyen perceraian dan hak jagaan yang difailkan oleh Deepa, Mahkamah Tinggi Seremban telah memberikan satu Perintah Interim di mana Mahkamah juga telah mengesahkan kewujudan Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Seremban bertarikh 19.09.2013 tersebut malahan memerintahkan agar Perintah Mahkamah Tinggi Syariah itu di kekalkan sementara. 11. 7 April 2014: Mahkamah Tinggi Seremban telah membuat Penghakiman bahawa perkahwinan antara Izwan Abdullah dan Deepa dibubarkan dan hak jagaan anak-anak diberikan sepenuhnya kepada Deepa a/p Subramaniam dengan akses melawat anak-anak hanya pada hari Ahad antara 9.00 pagi-6.00 petang sahaja dengan segala akses diawasi oleh Deepa. Izwan Abdullah juga di larang membawa anak-anak keluar daripada rumah Deepa dan dihalang daripada melawat anak-anak di sekolah termasuklah sekatan untuk tidak membenarkan pihak ketiga dibawa untuk berjumpa dengan anak-anak. Izwan Abdullah mematuhi perintah Mahkamah dan secara sukarela menyerahkan anak-anak tersebut kepada Deepa. Fakta ini juga ada ditulis di Akhbar The Sun bertarikh 08.04.2014 (“akhbar tersebut”) sebagaimana berikut:- Said Deepa: “I am happy that my ex-husband did not resist when he was told to hand over the children following the court ruling”. 12. 07.04.2014 : Izwan Abdullah setelah menyerahkan anak-anak tersebut kepada Deepa, beliau ada bercakap dengan ibu kandung Deepa bernama SITI AISHAH BINTI ABDULLAH yang juga seorang Muallaf bersama dengan bapa tiri Deepa iaitu seorang lelaki Melayu beragama Islam. Malahan kedua-dua adik beradik Deepa juga beragama Islam. Di dalam perbualan singkat di kompleks mahkamah, ibu kandung Deepa ada memberikan jaminan kepada Izwan Abdullah bahawa beliau dan suaminya akan mempastikan anak-anak tersebut akan sentiasa dididik mengikut lunas-lunas Islam semasa berada di dalam jagaan dan kawalan Deepa. 13. 8 April 2014: Semasa menjalankan tugas seliaan dan menguruskan hal kebajikan saudara baru, Izwan Abdullah sempat meninjau keadaan anak-anaknya dan mendapati mereka diabaikan dari sudut pendidikan agama sebagaimana yang janjikan yang sebelum ini. Izwan Abdullah semakin bimbang apabila mengetahui Deepa akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan satu deklarasi Mahkamah untuk membatalkan keIslaman anak-anak tersebut sebagaimana yang mana telah diterbitkan di Akhbar THE SUN bertarikh 08.04.2014 antara lainnya berbunyi:- DEEPA WHO WAS ASSISTED BY WOMAN’S AID ORGANISATION IN HER LEGAL BATTLE, SAID SHE HAS TO FILE ANOTHER APPLICATION TO OBTAIN A DECLARATION THAT THE CONVERSION OF THE MINORS BY THEIR FATHER WAS ILLEGAL AND UNCONSTITUTIONAL. Setelah menyedari bahawa akidah dan kepercayaan anak-anak beliau akan terjejas jika berada dengan Deepa, Izwan Abdullah kemudiannya bertindak membawa anak lelakinya sahaja untuk tujuan menyelamatkan akidah Islam anak tersebut. Anak lelaki tersebut kini selamat berada di bawah jagaan beliau. 14. 14.04.2014 : Izwan Abdullah telah memfailkan satu Afidavit Penjelasan Tingkah laku Pengambilan Anak pada 09.04.2014 untuk memberikan penjelasan kepada mahkamah apa yang berlaku dan bertujuan untuk menjawab kepada tohmahan dan membidas laporan negatif yang mengatakan beliau menculik anak lelaki tersebut termasuklah memberikan pernyataan serta peristiwa-peristiwa yang mendorong kepada tindakan beliau untuk mengambil semula anak lelaki pada 09.04.2014. 15. Penghakiman pada 07.04.2014 (Di Mahkamah Tinggi Seremban) didapati tiada apa-apa perintah untuk membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Beliau percaya bahawa perintah tersebut masih berkuatkuasa dan masih mempunyai kesan undang-undang ke atas beliau, Deepa dan anak-anak. Beliau juga mendapati Penghakiman pada 07.04.2014 tidak membuat apa-apa perintah yang mempunyai apa-apa kesan negatif terhadap kedudukan Agama Islam kedua-dua anak tersebut. 16. Berdasarkan kepada pemerhatian, melalui usaha Izwan Abdullah, anak lelaki tersebut kini telah mampu menunaikan solat dan membaca bacaan-bacaan khusus di dalam solat malahan mengenal huruf Al-Quran dan boleh menghafaz surah-surah pendek dalam Al-Quran. 17. Rayuan ke Mahkamah Rayuan juga telah difailkan pada 11.04.2014. KESIMPULAN DAN HARAPAN Berdasarkan fakta-fakta di atas, kami menyeru semua pihak agar bertenang dan rasional dalam menghadapi isu-isu berkaitan kes ini yang juga melibatkan permasalahan hampir serupa dalam kes-kes yang lain seperi kes Muhammad Ridzuan Abdullah, Subashini, Shamala dan Indira Ghandi. Kami berpandangan bahawa semua pihak perlu memberikan peluang kepada kedua-dua belah pihak bertikai dan Mahkamah untuk meneruskan proses undang-undang tanpa tekanan dan mengikut lunas keadilan. Kami menyeru agar semua pihak yang berkenaan dan mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan menimbulkan keadaan tidak tenteram dan cuba mempengaruhi keputusan Mahkamah. Sebarang bentuk provokasi dan laporan yang berbau sentimen keagamaan mahupun bangsa hendaklah dihindarkan kerana ia boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara di Malaysia ini. Menepati semangat Prinsip Rukunegara iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, kami memohon semua pihak agar menghormati undang-undang Negara sama ada undang-undang Syariah mahupun undang-undang sivil. Memandangkan kes melibatkan isu-isu pertindihan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil serta isu berkaitan dengan hak-hak antara Muslim dan Bukan Muslim adalah perkara yang perlu diberi keutamaan, kami menyarankan kepada kerajaan Malaysia dan pihak berwajib supaya satu penyelesaian menyeluruh jangka panjang mesti diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan serta keadilan kepada semua pihak terbabit. Selaras dengan ruh Islam yang menjamin keadilan kepada semua, kami menyeru semua umat Islam berterusan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar penyelesaian dalam kes ini dan semua kes yang berkaitan dapat dicapai dengan baik dan adil. Kami juga mengajak saudara kami Bukan Muslim untuk bersama-sama berusaha secara hikmah dan jujur ke arah menjamin keharmonian dan kestabilan Negara. Sekian Terima kasih PERTUBUHAN GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN DAKWAH NEGERI SEMBILAN 1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan 2. IKRAM Negeri Sembilan Negeri Sembilan 3. ISMA Negeri Sembilan 4. Madrasah India Muslim, Negeri Sembilan 5. MACMA Negeri Sembilan 6. Muslim Revert Asociation (MRA) Negeri Sembilan 7. PERKIM Negeri Sembilan 8. WADAH Negeri Sembilan 9. Yayasan Kasih Sayang (YKS) Negeri Sembilan Disokong oleh: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) cawangan Negeri Sembilan

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia