Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Selangor

MPIHCSel1

Program dimulai dengan forum bertajuk Journey to Jannah yang menampilkan Dr Haji Fuad Yeoh Abdullah, Sathira Morgan dan Rafiedah Veronica. Ahli panel berkongsi pengalaman dan cabaran menjadi seorang saudara baru. Forum telah dikendalikan oleh Akh Fakharudin Abd Kudos.
Pengarah MIPHC Selangor Saudara Morhalim Osman telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada panelis.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan suci ayat Alquran bersama terjemahan 4 bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil

Tetamu disajikan dengan persembahan kumpulan Saff-One dengan lagu Ramadan yang menghiburkan hadirin yang sedang menikmati hidangan. Saff-One menyumbang 3 buah lagu.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Hidayah Centre Selangor mengingatkan untuk kita turut sama-sama membantu dan sokongan kepada saudara baru dalam jua bentuk bantuan.

Pengerusi HC Selangor turut menasihati para saudara baru untuk terus belajar dan belajar. Kerna darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu adalah berbeza. Beliau juga mengucapkan Jazakallah bil ah sanil jaza kepada pihak SACC yang berusaha membantu saudara baru melalui Nikmat Ramadan. Sejumlah Rm 1 dari setiap p’mbelian buffet di SACC akan disalurkan kepada Hidayah Centre.

Seterusnya perasmian oleh Ust Shamsul Ma’rif yg meminta HCF dan NGO lain serta kerajaan khususnya untuk sama2 menyokong dalam bentuk gerak kerja dakwah dan dana yg banyak agar dapat memberikan impak dalam pergerakan dakwah kepada bukan Islam iaitu dengan mencerminkan imej yg baik kepada bukan islam mengikut Al Quran dan As Sunnah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara Rezki Draw untuk saudara baru, yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Basori dan Ust Shamsul Ma’rif dengan memperuntukkan sebanyak 5 buah Pen Al Quran digital yang bernilai RM 250.

Majlis diakhiri dengan penyampaian saguhati kpd perasmi dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjadi penyumbang utama MIPHC Selangor kali ini dengan berjumlah RM 10,000. Untuk makluman MAIS merupakan penyumbang utama bagi setiap tahun. Semoga Allah mengganjari segala usaha MAIS dengan sebaik2 ganjaran.

Jumlah sumbangan dan jualan meja setakat semalam mencecah lebih RM79,000. Lebih RM7,500 juga telah disumbangkan kpd saudara baru dan non-muslim yang diraikan.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia