COVID-19: Yayasan IKRAM Malaysia agih bantuan lebih setengah juta ringgit

Hasil sumbangan orang ramai yang menyumbang melalui yayasan ini dan juga IKRAM Negeri dan Kawasan telah berjaya disampaikan dengan gabungan usaha sukarelawan, orang ramai dan ahli-ahli IKRAM di seluruh negara yang mempunyai 119 cawangan.

 

“Ia merangkumi peralatan perubatan yang amat kritikal diperlukan seperti pelindung muka (face shield) sebanyak 45,641 unit, Personal Protection Equipment (baju PPE) 27,258 unit yang mana ia disediakan sendiri oleh sukarelawan di rumah-rumah mereka,” kata wakil Yayasan IKRAM Malaysia.

 

Dalam pada itu, bantuan makanan kepada barisan hadapan (frontliner) juga disediakan berjumlah 8,384 pek yang dibungkus dan dihantar terus ke hospital-hospital berhampiran.

 “Bukan sahaja kepada frontliner, bahkan sejumlah 28,651 pek makanan telah diagihkan kepada mereka yang putus pendapatan dan amat memerlukan.”

 

Menurut wakil tersebut, usaha memberi bantuan makanan ini masih diteruskan. Bahkan menurutnya lagi, permohonan bantuan makanan diterima yayasan tersebut setiap hari.

 

“Setinggi penghargaan kepada frontliner kita yang cekal melawan, merawat COVID-19 dan memastikan kesihatan kita semua terjamin.”

 

Yayasan IKRAM Malaysia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan yang komited dan penyumbang yang dermawan kerana terus bersama dan menyokong usaha kebajikan badan tersebut.

 

Bagi yang ingin menyumbang, boleh terus ke http://yayasan.ikram.org.my/tabung-covid-19/ atau ke akaun YAYASAN IKRAM MALAYSIA 5621 4240 4402 (Maybank) dengan rujukan ‘Covid19’ dan e-mel ke ibantu4ikram@gmail.com.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia