Beliau yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) UTM dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Wisconsin-Madison, America Syarikat, menggantikan Hj Mohd Hasyahril Mohd Hashim yang melepaskan jawatan itu atas sebab kesihatan.
Persidangan dipengerusikan oleh Yang Dipertua DPN, Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee dan Timbalan Yang Dipertua DPN, Ir Hj Fuad Abas.
Persidangan hari ini mendengar dan membincangkan laporan Jawatankuasa Pusat mengenai perkembangan IKRAM dalam masa tiga bulan yang lalu.
Dewan Perwakilan Nasional (DPN) adalah badan legislatif IKRAM terdiri daripada 111 anggota yang dipilih setiap empat tahun.
DPN berperanan membuat polisi dan memantau perjalanan eksekutif, Jawatankuasa Pusat (JKP), Jawatankuasa Negeri (JKN) dan Jawatankuasa Kawasan (JKK) IKRAM.