Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengenali IKRAM secara lebih dekat serta memahami pendirian-pendirian IKRAM dalam pelbagai isu berkaitan agama Islam termasuk berbincang mengenai peranan JAKIM.
Presiden turut menyerahkan brosur pengenalan IKRAM dan buku “Malaysia Menuju Negara Rahmah” kepada CEP.
Selain Dr Parid, CEP turut mendapatkan pandangan beberapa mufti dan tokoh agama antaranya Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Dengan pertemuan ini, semoga IKRAM dapat terus memainkan peranan untuk bersama-sama membina Malaysia Baharu, insya-Allah.