Timur Ghouta: Memorandum bantahan diserah ke kedutaan Russia

“Kita minta jaminan supaya memorandum ini yang mewakili rakyat Malaysia disampaikan kepada Presiden Putin,” kata Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor yang menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Pertama Kedutaan, Alexander L. Sryvkov.

Menurut Dr Hafidzi, memorandum ini juga akan turut disampaikan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak iaitu kerajaan Iran, Turki, Kesatuan Eropah (EU), PBB, kerajaan Malaysia dan juga NATO.

Dalam sidang media sebelumnya, Syria Care dan MyCARE mengutuk keras pembunuhan ke atas orang awam di Timur Ghouta oleh rejim Presiden Bashar alAssad serta sekutu kuatnya Russia.

“Kami juga mendesak supaya tindakan tidak berperikemanusiaan dan berhati perut itu dihentikan segera kerana keadaan di sana dilapor semakin kritikal dengan skala kemusnahan yang tidak boleh digambarkan,” tegas Pengerusi Syria Care, Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki.

Menurutnya, selepas dikepung selama hampir lima tahun, angka kematian meningkat berkali ganda dan serangan udara oleh pihak berkenaan sejak awal bulan ini, telah meragut hampir 1,000 nyawa.

“Berdasarkan laporan Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), tiada tempat yang selamat untuk mereka berlindung di Timur Ghoutah kerana semua bangunan dan kawasan penempatan telah menjadi sasaran bom dan roket tentera kerajaan serta konco-konconya,” tambahnya.

Pada lewat Isnin hingga Selasa lalu, serangan udara tanpa henti selama 30 jam dengan pelbagai jenis bom, telah dilancarkan ke atas kawasan berkenaan.

Dalam tempoh 48 jam, ia mengorban lebih 250 nyawa. Operasi kali ini diperhebat dalam usaha tentera kerajaan menguasai semula kawasan yang dihuni 400,000 penduduk itu dari penguasaan kumpulan penentang.

“Lebih membimbangkan, rejim Bashar al-Assad dan kuncu-kuncunya, kini dilaporkan hanya menunggu isyarat untuk melancarkan serangan darat besar-besaran dengan senjata berat ke atas kawasan itu.”

Mewakili NGO yang membantu mangsa konflik di Syria, beliau mendesak supaya penyembelihan berterusan ke atas mereka yang tidak berdosa dan terkepung di Timur Ghouta dihentikan segera.

“Selain itu, kami juga meminta supaya kebenaran diberikan bagi membolehkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan khususnya ubat-ubatan dan bekalan makanan memasuki kawasan itu.”

NGO-NGO yang menyokong memorandum bantahan ini ialah Malaysia Humanitarian Aid & Relief (MAHA), Pertubuhan Sinar Damsyik (Persidam), Islamic Medical Association Malaysia (IMAM) dan HALUAN.

Turut menyokong Muslim Care Malaysia, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI), Humanity Heroes, Muslim Volunteer Malaysia, Green Project, Malaysia Lifeline for Syria (MLL4S) dan Global Peace Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia