“Saya tertarik dengan inisiatif Wanita IKRAM menghasilkan buku ini versi tiga bahasa tentang peranan lelaki dan wanita bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang berdasarkan kepada pinsip-prinsip Islam,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Keseimbangan Hidup Berkerjaya di sini.
Menurut Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim buku ini diharapkan bakal menjadi panduan kepada kaum wanita dalam mempertimbangkan bagaimana mahu kembali kepada prinsip asas dalam menentukan hal keluarga dan kerjaya.
“Wanita IKRAM mengeluarkan buku ini sebagai asas yang menerangkan kembali kepada peranan dan tanggungjawab wanita itu sendiri”.
“Zaman telah berubah dan wanita tidak berada di rumah semata-mata. Jadi, ada perkara dan batasan-batasan yang perlu diambil kira,” tambahnya.
Ucapan perasmian dan bersama para peserta seminar
Buku tersebut telah dilancarkan dalam Seminar Keseimbangan Hidup Berkerjaya yang telah diadakan di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ia turut mengiktiraf peranan lelaki dan wanita dalam pengukuhan intitusi keluarga dengan menggariskan beberapa dasar-dasar.
“Saya ingin tekankan di sini peranan bapa dalam membina keluarga. Mereka seharusnya memainkan peranan yang sama penting dengan ibu dalam mendidik keluarga dan memberikan kelonggaran kepada ibu yang mahu bekerja untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga,” kata Mariam dalam memberikan sokongannya.
“Buku Piagam Wanita Islam ini adalah sangat baik. Sesiapa yang mahu menaja, bolehlah beli buku ini dan edarkan secara percuma kerana sekarang tidak ramai orang suka membaca,” tambahnya.
Buku tersebut boleh didapati dengan membeli di laman web http://wanita.ikram.org.my atau menghubungi talian 03-8945 6999.