Mereka yang ingin menyumbang untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan, bolehlah salurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan IKRAM Malaysia (Kelantan) seperti berikut:
Bank Islam – 03102 01000 1870
Maybank – 5530 1013 1337
Sila maklumkan info sumbangan anda kepada Bendahari IKRAM Negeri Kelantan di talian 019-9853736.
Taklimat untuk sukarelawan dan agihan bantuan di Kg Kijang Sebidang, Tumpat
Pusat Operasi Banjir i-Bantu Kelantan juga kini dibuka dan agihan bantuan ke kawasan terjejas sedang giat dijalankan dengan kerjasama IKRAM Health dan Badan Bertindak NGO Kelantan (BBNGO) dan para sukarelawan.
Semalam, Dr Zaharah Sulaiman, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Kelantan dan Dr Dasmawati Mohamad, Ketua Wanita IKRAM Kota Bharu diiringi oleh wakil penduduk, Puan Yuzirah Mohd Yusoff turut menziarahi Kampung Pasar Lama Pasir Tumbuh, kawasan yang dilanda banjir.
Lawatan yang bertujuan melihat keadaan di kampung ini dilakukan bagi mengenal pasti bentuk keperluan yang diperlukan mangsa banjir.
“Seterusnya, kunjungan susulan segera akan dibuat untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terlibat dengan banjir,” ujar Dr Zaharah.
Menurutnya, di kampung tersebut terdapat lebih 40 keluarga yang terlibat dengan banjir kali ini.
“Insya-Allah, bantuan melalui unit i-Bantu Negeri Kelantan akan dilakukan dalam masa terdekat.”
Sementara itu, i-Bantu Negeri Terengganu turut membuka tabung sumbangan bencana banjir untuk mangsa banjir di Terengganu melalui akaun Maybank 5630 6412 9203 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia (KTRG). Segala sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Ku Indong (013-9391988) dan Hisham (013-9066576).