IKRAM ke kedutaan Turki ucap takziah, kongsi usaha kemanusiaan

IKRAM diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (JKPA), Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Setiausaha Kerja JKPA, Noorsyazly Rameli menyampaikan surat takziah mewakili Presiden IKRAM di Kedutaan Turki pada hari Jumaat 5 Februari 2016 yang lalu. 

Pertemuan bersama Mr Ahmet Dogan, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Turki memberi peluang untuk bertukar-tukar pendapat selain berkongsi maklumat dan isu semasa kedua-dua buah negara.

Mengucapkan penghargaan atas kesudian IKRAM menziarahi kedutaan itu dan juga terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia yang prihatin, Mr Ahmet yang pernah ketika belajar di Sheiffield, United Kingdom turut mengimbau kenangan manisnya tinggal bersama-bersama pelajar Malaysia di sana.

Selain menyampaikan simpati dan takziah, Hj Kamarul Zaman juga berkongsi inisiatif-inisiatif IKRAM terutamanya usaha kemanusiaan yang dilaksanakan termasuk yang melibatkan agensi negara itu seperti Misi Mavi Marmara pada 2010 yang disertai NGO Turki, IHH.

Dalam pertemuan tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa IKRAM berazam untuk mempertingkat dan memperluaskan lagi hubungan dan kerjasama khususnya dalam aspek kemanusiaan yang dilihat begitu sinonim dengan negara Turki. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia