Ke Arah ‘Negara Rahmah’ – Menggalakkan Dialog

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) komited untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni di Malaysia berdasarkan ‘Negara Rahmah’ yang didukung oleh prinsip-prinsip Syariah.

Dalam usaha mencapai objektif ini, IKRAM komited untuk menentang segala bentuk sikap tidak bertoleransi, ketaksuban, kebencian dan provokasi, sama ada dalam bentuk kaum atau agama, daripada meresapi masyarakat.

IKRAM juga menentang segala bentuk keganasan, ekstremisme dan ucapan bernada kebencian. Pada masa yang sama, IKRAM telah terlibat dalam pergerakan masyarakat madani bertujuan untuk memanfaatkan jalinan sosial, menentang segala bentuk diskriminasi, eksploitasi, ketidakadilan dan melindungi negara daripada serangan elemen pelampau.

IKRAM ingin mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Eric Paulsen yang menggambarkan khutbah Jumaat sebagai alat untuk menggalakkan ekstremisme.

IKRAM percaya bahawa kenyataan itu mungkin timbul daripada salah faham beliau terhadap Islam. Walau bagaimanapun, kenyataan umum seumpama itu,  yang datang daripada seorang warganegara Malaysia yang berpendidikan adalah sama sekali tidak wajar. Ia menggambarkan sifat tidak sensitifnya untuk menghormati agama-agama lain.

Pada masa yang sama, IKRAM tidak bersetuju dengan penggunaan Akta Hasutan bagi menangani kes ini. Dalam sirah Rasulullah SAW, apabila baginda dikritik, baginda akan berhujah dan berdialog dengan hujah-hujah yang terbaik. Kita perlu merujuk kepada ayat al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maidah 5: 8).

IKRAM percaya bahawa jalan ke hadapan bagi menyelesaikan masalah kaum dan agama adalah melalui pendidikan dan dialog.

Atas sebab ini, IKRAM mengadakan hubungan dan kerjasama dengan semua rakan kami dalam masyarakat madani melalui wacana rasional dan dialog untuk memupuk semangat saling menghormati dan persefahaman dalam kalangan pelbagai kaum dan agama.

Adalah menjadi harapan kami bahawa usaha-usaha ini akan menghasilkan masyarakat Malaysia yang lebih harmoni dan inklusif.


Prof Madya Badlishah Sham Baharin
Pengerusi
Jawatankuasa Masyarakat Madani

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia