Majlis Graduasi TABRI 2013/2014 turut diadakan di mana seramai 58 orang aktivis belia dan remaja seluruh negara menerima sijil penyertaan daripada Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus setelah ia diadakan sejak 22 Oktober 2013.
Program anjuran Jawatankuasa Tarbiah (JKT) IKRAM dan Unit Pelatihan Jawatankuasa Belia Remaja (JKBR) IKRAM ini bermotokan “Nahnu Duat Qobla Kulli Syaiin” – “Kita adalah pendakwah sebelum setiap sesuatu“. Daripada 58 peserta, 27 orang adalah aktivis belia dan remaja lelaki dan 31 orang adalah aktivis wanita.
Dalam siri ini, peserta dikehendaki menghasilkan pra-modul Amal Am dan Rabtul Am (AA & RA) berdasarkan teori-teori yang telah mereka ketahui melalui program TABRI dalam semua siri yang lalu dan pengalaman medan belia dan remaja yang telah mereka lakukan serta memberikan hasil kepada medan masing-masing.
Semua pra-Modul AA & RA tersebut akan diperhalusi dan diharapkan mampu menjadi garis panduan pelaksanaan dakwah dan tarbiah di kalangan belia dan remaja di peringkat negeri-negeri dan daerah-daerah kelak, insyaa-Allah.