Gejala zina, buang bayi harus ditangani secara holistik

Dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, kedua-dua NGO tersebut menyatakan bahawa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008 sahaja terdapat lebih daripada 257,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa dikeluarkan, manakala untuk tempoh dari Januari hingga Jun 2010, 45 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh negara berbanding 75 kes bagi sepanjang tahun 2009.

sgs2IKRAM Kota Bharu dan Wanita JIM Kelantan bagaimanapun yakin bahawa gejala sosial ini boleh dibendung dengan pendekatan holistik membabitkan semua pihak dalam masyarakat dan negara.

“Prinsip syariat Islam perlu dilaksanakan melalui pencegahan dengan mengutamakan pendidikan yang menyeluruh, menutup pintu-pintu kemudaratan serta merawat melalui aktiviti pemulihan dan penguatkuasaan undang-undang,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam usaha menangani gejala sosial ini daripada terus membarah dalam masyarakat, kedua-dua NGO ini menyarankan agar masyarakat kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama. Umat Islam perlulah mempelajari dan mengamalkan ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah.

Selain itu, pendidikan yang merangkumi aspek kehidupan perlulah bermula dari rumah di samping ibu bapa sendiri harus berperanan dalam mendidik serta prihatin dengan perkembangan anak-anak.

“Media juga seharusnya sama-sama bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat dan tidak menyebarkan bahan-bahan yang menggalakkan dan merangsang remaja untuk terlibat dalam aktiviti gejala sosial dan keruntuhan akhlak.”

Tidak kurang pentingnya, menurut kenyataan itu lagi, penguatkuasaan undang-undang haruslah dijalankan dengan tegas. Pesalah jenayah zina dan buang bayi hendaklah dikenakan hukuman setimpal agar ia menjadi iktibar buat masyarakat, seterusnya menghentikan gejala ini daripada terus berleluasa.

sgs3 sgs4 sgs5

Kenyataan media tersebut ditandatangani oleh Yang Dipertua IKRAM Kota Bharu, Ustaz Dr Mohd Sharani Mohd Naim dan Ketua Wanita JIM Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim. Ia dikeluarkan bersempena dengan “Seminar Gejala Zina dan Buang Bayi: Kita Mampu Menghentikannya (Penyelesaiannya Menurut Syariah)” dan ”Bengkel Pendidikan Seksualiti Bermula Di Rumah” yang telah diadakan pada Sabtu lalu di Hotel Raudhah di sini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia