Di peringkat global, dunia masih lagi berada dalam genggaman kuasa-kuasa besar, bekas-bekas penjajah, masih lagi diancam penjajahan bentuk baru, peperangan, perhambaan, penindasan, pemerasan, perkauman yang sempit, kemiskinan, kelaparan, kejahilan dan pelbagai bentuk kezaliman. Majoriti penduduk dunia – sebahagian besarnya terdiri daripada umat Islam yang mencecah angka 1.6 bilion – masih lagi tidak dapat keluar dari berbagai-bagai penderitaan kehidupan yang membelenggu mereka sejak sekian lama. Perjalanan dunia masih lagi dipenuhi kemelut, bencana dan krisis yang silih berganti. Dunia masih lagi dikuasai orde lama dan baru yang tidak mampu sama sekali menegakkan keadilan untuk manusia sejagat.