SERI KEMBANGAN – Seramai 51 orang Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM bagi sesi 2022-2026 telah dipilih dalam pemilihan yang telah diadakan pada hujung minggu baru-baru ini.
51 orang yang terpilih itu terdiri daripada 21 Wakil Umum, 10 Wakil Wanita, 10 Wakil Ulama Dan 10 wakil IKRAM Muda yang mana pengundian telah dijalankan secara dalam talian sepenuhnya.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan IKRAM (JKPI), Hj Mohamad Yaakub Idris, pemilihan ini julung kali diadakan secara dalam talian melalui sistem e-voting tanpa kehadiran dalam perhimpunan fizikal, memandangkan perkembangan kes Covid-19 yang masih belum reda.
Tambahnya, ia juga bagi memenuhi kehendak pindaan Perlembagaan IKRAM baru-baru ini untuk membolehkan ahli mengundi dalam talian walau di mana mereka berada.
“Alhamdulillah, walaupun pengundian dibuat secara dalam talian, dengan kepakaran Team IT, ia telah berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit masalah, namun ia dapat diatasi,” jelasnya.
Beliau berkata, pemilihan Ahli DPN bagi Wakil IKRAM Muda yang baru sahaja berlangsung telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah IKRAM sebagai sebuah organisasi.
“Buat pertama kalinya Ahli Aktif dan Ahli Teras IKRAM yang berusia di bawah 35 tahun telah diberikan peluang untuk membuat undian secara langsung (direct voting) untuk memilih 10 ahli DPN IKRAM Muda dalam kalangan mereka.”
Mewakili JKPI, Mohamad Yaakub mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada ahli-ahli IKRAM bagi menambah baik sistem pemilihan IKRAM dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, pemilihan Ahli DPN bagi 60 orang Wakil Negeri akan berlangsung secara e-voting pada Sabtu ini, 12 Februari 2022.
Berikut disertakan calon-calon yang terpilih sebagai Ahli DPN bagi setiap kategori dalam pemilihan baru-baru ini.
Wakil Umum
- Hj Badlishah Sham bin Baharin
- Dr Alizi Alias
- Ustaz Burhanuddin bin Lukman
- Dr Mohd Parid bin Sheikh Haji Ahmad
- Hj Ainullotfi bin Abdul Latif
- Hj Shahrul Aman bin Mohd Saari
- En Jusni bin Yusoff
- Prof. Dr Omar bin Yaakob
- Hj Zaid bin Kamaruddin
- Hj Ahmad Raji bin Yaakub
- Hj Ismail Yusoff bin Awang
- Dr Harith bin Roslizar
- Dr Diana binti Katiman
- Dr Muhammad Munawar bin Mohamed Hatta
- Prof. Dr Mohd Nazari bin Ismail
- Tn Ahmad Mu’az bin Ahmad Nawawi
- Pn Azlina@Roszy binti Mohamad Ghaffar
- Hj Nahar bin Md Nor
- Dr Hajar bin Opir
- Hj Mohd Fadzil bin Saleh
- Prof. Dr Hanim binti Salleh
Wakil Wanita
- Ustazah Sallawahiu binti Mohd Salleh
- Prof. Madya Dr Roohaida binti Othman
- Dr Wardah binti Mustafa Din
- Pn Maryam binti Jailani
- Pn Norhakimah binti Mohamud
- Dr Lilis Surienty binti Abd Talib
- Ir Endok Sempo binti Mohd Tahir
- Pn Dzilal binti Abdul Aziz
- Dr Sabariah binti Baharun
- Dr Zaitul Akmal binti Abdullah Zawawi
Wakil Ulama
- Prof. Madya Dr Zulfakar bin Ramlee
- Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria
- Ustaz Abdul Halim bin Abdullah
- Prof. Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
- Dr Shamsiah binti Mohamad
- Dr Mohamed Fairooz bin Mohamed Fathillah
- Ustaz Bilal bin Mohd Parid
- Prof. Dr Engku Rabiah Adawiah binti Engku Ali
- Dr Tajul Aris bin Ahmad Bustami
- Ustaz Munawwar bin Mohamad
Wakil IKRAM Muda
- En Muhammad ‘Afifi bin Ahmad Kamil
- Pn Khaulah binti Ahmad Faridz
- Pn Sakeena Zahidah binti Mohamed Shah Redza
- En Abg Mohd Shukri bin Abg Muis
- En Amir Syafiq bin Alias
- En Ahmad Ammar bin Ahmad Termizi
- Pn Farrah Idayu binti Abdul Mutalib
- En Khairul Anuar bin Kamaruddin
- Pn Safina binti Samsudin
- Ustaz Mohd Taufik bin Pamis
Moga amanah yang dipikul bagi memimpin jamaah akan digalas dengan penuh tanggungjawab, insya-Allah.