Peranan Wanita Memelihara Kelestarian Alam Sekitar

Islam ialah agama yang amat menitikberatkan penjagaan alam sekitar. Allah SWT menciptakan alam ini dengan penuh keseimbangan dan manusia diperintahkan supaya tidak melakukan kerosakan. Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 56 bermaksud: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya.” Selain itu, Allah SWT juga berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 205 […]
Hari Malaysia: Membina Negara Berasaskan Integriti

Setiap kali 16 September menjelang, kita kembali mengingati satu detik penting dalam sejarah negara iaitu pembentukan Malaysia pada tahun 1963 melalui penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Lebih enam dekad telah berlalu. Malaysia telah berubah dengan begitu pesat. Kita membina bandar, institusi, jaringan ekonomi dan sistem pentadbiran yang semakin kompleks. Kita juga sering meraikan […]
Normalisasi Dosa: Adakah Agama Masih Jadi Neraca?

Daripada isu netizen mutakhir ini berkaitan drama “Madu atau Racun”, amalan yoga dan pelbagai isu lain yang menyentuh agama dan moral, ia membuka persoalan yang lebih besar selain tentang hukum. Ia juga tentang neraca yang digunakan untuk menentukan apa yang benar dan apa yang salah. “Pada saya, tak ada masalah pun.” “Kalau tak suka, jangan […]
Keamanan Malaysia: Nikmat yang Perlu Kita Syukuri

Cuba bayangkan sejenak, kita bangun pagi tanpa bimbang akan bunyi tembakan, keluar bekerja tanpa rasa takut dan kembali ke rumah tanpa gangguan. Bagi kita, ini perkara biasa. Namun bagi jutaan manusia di tempat lain di dunia ini, keamanan seperti itu mungkin salah satu daripada impian yang ditunggu-tunggu. Nikmat inilah yang kita warisi daripada perjalanan sejarah […]
Syurga Bukan Milik Kelompok, Ukurannya ialah Takwa

Allah SWT berfirman dalam Surah az-Zumar, ayat 73: “Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka dibawa ke dalam syurga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya, sedang pintu-pintunya telah dibuka, berkatalah para penjaganya mengalu-alukan mereka: ‘Salam sejahtera ke atas kamu. Kamu telah menjadi baik dan suci, maka masuklah ke dalamnya dalam keadaan kekal.’” Sebenarnya, ayat […]
Merdeka daripada Politik Ketakutan, Bina Kepercayaan

Hampir tujuh dekad selepas merdeka, cabaran kita bukan lagi mengusir penjajah, tetapi membebaskan masyarakat daripada politik ketakutan dan membina semula kepercayaan antara rakyat. Mengimbau kembali detik kemerdekaan pada 1957, penduduk Tanah Melayu daripada pelbagai latar bangsa, agama dan budaya berjaya mencapai sesuatu yang luar biasa. Mereka tidak berkongsi agama, bahasa atau budaya yang sama. Setiap […]