Kemajuan Malaysia: Positif, Tapi Perlu Lebih Mampan

KUALA LUMPUR – “..Malaysia sedang bergerak ke arah yang positif, tetapi kemajuan mesti lebih mampan, berinstitusi dan inklusif,” ujar Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin. Beliau berpandangan demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel bagi “Forum 509: Jom! Bentuk Semula Negara Kita” di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 19 […]
Negara Rahmah: Naratif Baharu Kuasa Lunak Malaysia

Dalam landskap global yang multipolar dan semakin kompleks, kekuatan sesebuah negara tidak lagi hanya diukur berdasarkan kekuatan ketenteraan atau kekayaan ekonomi semata-mata. Sebaliknya, keupayaan sesebuah negara mempengaruhi dunia melalui nilai, idea, budaya, stail pemerintahan dan reputasi semakin menjadi faktor penting dalam menentukan kedudukannya di arena global. Keupayaan ini dikenali sebagai kuasa lunak atau soft power. […]
RUU Jenayah Siber: Benteng atau Ancaman? (Bhg. 2)

Jika diteliti melalui lensa Maqasid Syariah, RUU Jenayah Siber 2026 bukan hanya sebuah instrumen perundangan moden, bahkan boleh dilihat sebagai satu usaha memenuhi objektif syariah dalam memelihara kemaslahatan manusia. Syariah tidak pernah menolak kemajuan teknologi. Sebaliknya, Islam mengiktiraf setiap inovasi yang membawa manfaat dan pada masa yang sama mewajibkan pencegahan terhadap segala bentuk kerosakan (mafsadah) […]
Krisis Keluarga: Wanita Berilmu, Rumah Tangga Bahagia

Keluarga ialah institusi pertama yang membentuk sahsiah manusia. Namun, dalam landskap masyarakat moden, institusi ini sedang melalui fasa yang amat mencabar. Peningkatan kos sara hidup, tekanan kerjaya, kemajuan teknologi digital, perubahan budaya, kelemahan komunikasi serta kemerosotan penghayatan agama telah mewujudkan suasana yang semakin rapuh dalam kehidupan berumah tangga. Laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa […]
Isu Rohingya: Antara Ujian, Keadilan dan Kemanusiaan

Isu Rohingya bukanlah isu baharu. Sudah lebih empat dekad masyarakat Rohingya hidup sebagai pelarian di pelbagai negara termasuk Malaysia. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, bahkan kehilangan identiti, kewarganegaraan dan jaminan masa depan akibat penindasan yang berpanjangan di negeri Rakhine, Myanmar. Hakikatnya, masyarakat Rohingya berdepan pelbagai cabaran. Sebahagian besar masih belum memperoleh status yang memberikan […]
Tragedi Bas Sekolah Kluang: Wajibkan Teknologi Kamera 360 Darjah

Wanita IKRAM Malaysia menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam kepada keluarga mangsa susulan tragedi menyayat hati yang mengorbankan seorang murid berusia tujuh tahun di Taman Sri Lalang, Kluang, baru-baru ini. Insiden anak kecil yang maut akibat cedera parah selepas dilanggar bas sekolahnya sendiri sejurus diturunkan ini tidak boleh dilihat sebagai satu lagi statistik kemalangan jalan […]