Forum Harmoni Fahami Tiga Agama

PETALING JAYA – Hidayah Centre Foundation (HCF) telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan sebuah program Forum Harmoni bertajuk ‘Celik Adat, Budaya dan Agama’ di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, di sini pada Sabtu lalu. Forum Harmoni kali ini membincangkan adat, budaya dan agama daripada agama Islam, Buddha dan Hindu, yang bertujuan mewujudkan […]
Aktiviti Kebudayaan Perkukuh Perpaduan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Kepelbagaian kaum di negara ini mempunyai kelebihan yang boleh dinikmati bersama dengan adanya perancangan dan strategi yang tersusun. Perancangan secara berperingkat mestilah dirancang antara kaum dan bangsa dari semasa ke semasa dalam pembentukan negara bangsa. Enizahura Abdul Aziz telah menegaskan: “Perpaduan nasional […]
Piala Dunia Qatar 2022 dan Seruan Keindahan Islam

Pada 25 November lalu, satu khutbah Jumaat sebuah masjid di Kuwait memberi penerangan tentang Piala Dunia Qatar 2022, dan bagaimana Qatar bekerja untuk menjadikan acara sukan dunia ini sebagai medan untuk menyeru kepada Allah Yang Maha Esa. Syeikh Dr Salah al-Muhaini memulakan khutbahnya dengan memetik sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih baik […]
Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berdusta

Setiap orang ada hak dan kebebasan untuk bersuara, namun kebebasan itu ada hadnya. Umpama seseorang berada di dalam kapal terbang dan menjerit bahawa kapal itu akan terhempas dengan tidak semena-mena, lalu akan menimbulkan panik dan kacau-bilau yang tidak perlu. Kebebasan bersuara tanpa had mampu menggugat keselamatan dan menimbulkan kekacauan. Rakyat negara ini harus menyahut dan […]
Kerajaan Perpaduan Pasca-PRU15: Ayuh Bina Negara

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 . Beliau telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan yang merangkumi bahasa Melayu dan agama Islam sebagai bahasa dan agama rasmi, juga mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu tanpa meminggirkan hak kaum lain. Anwar turut menegaskan komitmennya untuk memerangi rasuah dan menumpukan […]
Kerajaan Perpaduan: Rumah Siap, Pahat Berbunyi?

Senarai barisan kabinet telah kita ketahui. Maka bermulalah episod yang baharu kerajaan perpaduan yang mentadbir Malaysia. Pelbagai komentar yang positif mahupun agresif daripada netizen apalagi parti lawannya, kelihatan tidak berhenti sehingga kini. Memang terdapat juga kekecewaan di pihak kita, sebagai rakyat untuk menerima pengumuman senarai kabinet yang telah dibentangkan Perdana Menteri sekitar pada Jumaat lalu, […]