Banteras Segera Sentimen Perkauman – IKRAM & KLSCAH

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) melahirkan kebimbangan dengan sentimen perkauman yang dimainkan akhir-akhir ini terutamanya di media sosial. Sentimen perkauman yang ditiupkan boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sehubungan dengan itu, IKRAM dan KLSCAH menggesa semua pihak agar membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengeluarkan kenyataan […]
Tanah Runtuh di Batang Kali: Takziah Keluarga Mangsa

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menzahirkan rasa dukacita atas tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali. Sehingga kini tragedi tersebut mengorbankan 24 orang, manakala 61 dapat diselamatkan dan sembilan lagi dilaporkan masih hilang. IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dan diharapkan mereka tabah menghadapi dugaan ini. Sekalung penghargaan buat Jabatan Bomba […]
Penyalahgunaan Media Sosial Ancaman Perpaduan Kaum

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi selain kewujudan Internet menyebabkan penggunaan media sosial menjadi semakin dominan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Setiap individu sudah tentu mempunyai akses terhadap Internet yang kini telah menjadi budaya dan keperluan harian. Hal ini kerana dengan Internet, segala maklumat terletak di hujung jari sahaja termasuk mengakses atau memuat turun pelbagai […]
Jusni Yusoff dilantik Timbalan Presiden IKRAM baharu

SERI KEMBANGAN – Saudara Jusni Yusoff telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) baharu dalam persidangan keempat Dewan Perwakilan Nasional (DPN) sesi 2022-2026 hari ini. Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden IKRAM menggantikan Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada Oktober lalu. Ustaz Burhanuddin Lukman pula dilantik […]
Tanah Runtuh: Angka Korban Cecah 16 Orang

BATANG KALI – Sehingga jam 1.00 tengah hari tadi, angka korban telah mencecah 16 orang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi tadi. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Twitter berkata, keseluruhan mangsa terlibat kira-kira 94 orang. “61 mangsa ditemukan selamat, manakala 17 lagi masih hilang,” […]
Isu KPPA: Karakter Bangsa Melonjak Perkhidmatan Awam – Presiden IKRAM

Baru-baru ini, penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menjadi isu yang hangat dalam kalangan masyarakat. Difahamkan bahawa tindakan disiplin ini mungkin berpunca daripada hasil siasatan ekoran insiden di KLIA beberapa bulan yang lepas. Ini menunjukkan bahawa pemimpin perkhidmatan awam, sebagai cerminan kepada kualiti khidmat kerajaan, menjadi contoh kepada rakyat dan perlu menepati piawai […]