Tanah Runtuh di Batang Kali: Takziah Keluarga Mangsa

Tanah Runtuh di Batang Kali: Takziah Keluarga Mangsa | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menzahirkan rasa dukacita atas tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Sehingga kini tragedi tersebut mengorbankan 24 orang, manakala 61 dapat diselamatkan dan sembilan lagi dilaporkan masih hilang.

IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dan diharapkan mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Sekalung penghargaan buat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua agensi dan pihak yang terlibat menyelamat, mengurus dan mencari mangsa-mangsa tanah runtuh, juga pihak kerajaan yang mengumumkan bantuan segera kepada semua mangsa.

Kita doakan agar semua mangsa yang hilang dapat ditemui dalam masa terdekat, insya-Allah.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia