Konvoi Amal Perpaduan Jelajah Pantai Timur

SERI KEMBANGAN – Kelab motosikal besar oleh MyIKRAM Bikers (MIB) meneruskan misi kedua jelajah Konvoi Amal Perpaduan di negeri-negeri Pantai Timur pada 20 dan 21 Ogos lalu. Konvoi bermula pada Sabtu dari stesen minyak BHP Gombak di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dengan edaran stiker Teguh Bersama dan risalah Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022) kepada […]
Serangan Atas Badan Kehakiman Satu Malapetaka Negara

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius serangan atas badan kehakiman dalam kes perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Amat dikesali juga, serangan ini datang daripada pihak yang berkepentingan termasuk ahli politik yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara ini dan tidak mencampuri apalagi menceroboh sistem perundangan negara. Kemuncak kepada serangan ini melibatkan […]
Gerakan, Didikan Antirasuah Usaha Berterusan

SEREMBAN – Mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohtar Sani dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rasuah Busters Negeri Sembilan. “Perlu ada satu gerakan secara berterusan sepertimana kempen Rasuah Busters dan pada masa sama perlu disokong oleh semua pihak.” Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) Negeri Sembilan berkata, gerakan menangani rasuah tidak […]
Sumpah Laknat Di Masjid Mainan Persepsi?

Kecoh kisah seorang mantan PM bersumpah laknat semalam, di tengah-tengah perbicaraan rayuan kes beliau di mahkamah. Ini bukan kali pertama beliau bersumpah, kerana beliau turut bersumpah pada tahun 2019 dalam kes mahkamah yang lain. Bukan itu sahaja, individu-individu lain pernah melakukan aksi sedemikian untuk membuktikan tuduhan zina atau liwat terhadap seseorang. Persoalannya, adakah hukum sumpah […]
Teruskan ‘Semangat GBM’ – Badlishah Sham

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agung Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) ke-10 telah berlangsung pada 6 Ogos lalu, yang menyaksikan Stanley Yong Yew Wei dipilih sebagai Pengerusi GBM baharu sesi 2022-2024. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi GBM sesi sebelumnya, yang juga Naib Presiden Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), salah satu daripada 28 NGO gabungan GBM. […]
Keganasan Rumah Tangga: Terlindungkah Keluarga?

Sesebuah rumah tangga yang bahagia sudah tentu di dalamnya terdapat nilai-nilai keharmonian seperti saling menghormati, bertolak ansur dan saling memahami. Tanpa nilai-nilai harmoni ini, mana mungkin sesebuah rumah tangga dapat diterjemahkan sebagaimana yang telah disebutkan dalam al-Quran seperti sakinah (ketenangan), mawaddah (kebahagiaan) dan rahmah (kasih sayang). Tiga elemen ini merupakan pokok asas dalam membina sesebuah […]