Teruskan ‘Semangat GBM’ – Badlishah Sham

Teruskan ‘Semangat GBM’ - Badlishah Sham | IKRAM

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agung Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) ke-10 telah berlangsung pada 6 Ogos lalu, yang menyaksikan Stanley Yong Yew Wei dipilih sebagai Pengerusi GBM baharu sesi 2022-2024.

Beliau merupakan Timbalan Pengerusi GBM sesi sebelumnya, yang juga Naib Presiden Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), salah satu daripada 28 NGO gabungan GBM.

Mantan Pengerusi GBM sesi 2020 – 2022, Hj Badlishah Sham Baharin, yang juga Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Majlis Mesyuarat GBM atas sokongan sepanjang sesi lepas.

Wakil-wakil NGO GBM yang hadir

Beliau turut menggesa semua organisasi gabungan untuk terus menjunjung ‘Semangat GBM’ dan terus menyokong usaha berterusan GBM seperti Manifesto Rakyat dan penglibatan dalam Rasuah Busters.

Turut hadir mantan Pengerusi GBM, Hj Zaid Kamaruddin dan Ahli JKP IKRAM, Jusni Yusoff.

Berikut adalah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat GBM sesi 2022-2024 yang telah dipilih dalam mesyuarat agung tersebut:

Pengerusi: Stanley Yong Yew Wei (KLSCAH)

Timbalan Pengerusi: Arumugam Kalimuthu – Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Setiausaha: Helen Ting Mu Hung – LLG Cultural Development Centre (LLG)

Penolong Setiausaha: Sarajun Hoda Abdul Hassan – Pertubuhan Aliran Kesedaran Nasional (ALIRAN)

Bendahari: Jusni Yusoff (IKRAM)

Ahli Exco:

1. Tan Yew Sing – Merdeka University Berhad (MUB)

2. Lee Kok Li – ENGAGE Network (ENGAGE)

3. Loh Pai Ling – Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)

4. Jeffrey FK Phang – Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ)

5. Chong Kok Boon – Monsoons Malaysia (MM)

6. Saminatha Kumaran Veloo – Tamil Foundation Malaysia (TF)

Ditubuhkan pada tahun 2011, GBM komited dengan matlamat untuk menangani isu dan cabaran kritikal yang dihadapi Malaysia pada abad ke-21. 

GBM aktif menganjurkan program, bengkel dan ceramah bagi menggalakkan perpaduan, memelihara budaya dan kepentingan pendidikan.

Info lanjut GBM boleh dilayari di pautan https://www.facebook.com/GabunganBertindakMalaysiaGBM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia