Sumpah Laknat Di Masjid Mainan Persepsi?

Sumpah Laknat Di Masjid Mainan Persepsi? | IKRAM

Kecoh kisah seorang mantan PM bersumpah laknat semalam, di tengah-tengah perbicaraan rayuan kes beliau di mahkamah. Ini bukan kali pertama beliau bersumpah, kerana beliau turut bersumpah pada tahun 2019 dalam kes mahkamah yang lain.

Bukan itu sahaja, individu-individu lain pernah melakukan aksi sedemikian untuk membuktikan tuduhan zina atau liwat terhadap seseorang.

Persoalannya, adakah hukum sumpah laknat dalam kes beliau dan adakah sah sumpahnya dari sudut perundangan Islam? Adakah dibolehkan bersumpah di masjid? Adakah ia memberi implikasi kepada kes yang sedang dibicarakan?

Pandangan Mufti WP

Pada 2019, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengeluarkan kenyataan media mengenai isu ini dan penjelasannya masih relevan hingga kini.

Katanya, sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali dalam bab li’an. Manakala mubahalah dalam Surah Ali Imran ayat 61 tidak merujuk kepada sistem perundangan Islam.

“Sebaliknya, ia dikategorikan dalam bab sumpah perdebatan bagi menyokong hujah yang benar dan menolak hujah yang palsu,” jelasnya.

Tambahnya, mubahalah tidak menjadi satu tuntutan sekiranya kes sedang dibicarakan di mahkamah. Bahkan proses keadilan di mahkamah, tidak eksklusif pada sumpah sahaja, bahkan pembuktian yang lain seperti pengakuan, penyaksian dan pembuktian di hadapan hakim.

“Dalam prinsip perundangan Islam, sumpah hanya diambil kira atau dilakukan apabila diminta oleh qadhi atau hakim. Ia dilaksanakan selepas pendakwaan dilakukan, bahan bukti dikemukakan dan keterangan saksi didengar,” menurutnya.

Beliau berpandangan, pada masa kini, telah wujudnya mahkamah untuk penyelesaian isu perundangan.

“Justeru, kami berpendapat bahawa mahkamah adalah tempat yang lebih sesuai dan tepat untuk melakukan sumpah, jika diperlukan,” ujar beliau.

Pandangan Majlis Hal Ehwal Syariah IKRAM

Pada tahun 2019 juga, Majlis Hal Ehwal Syariah IKRAM menerbitkan risalah yang menjelaskan tentang sumpah laknat, yang berpandangan bahawa, bagi kes di mana bukti sudah ada dan diterima mahkamah, maka sumpah itu tidak akan terpakai lagi.

“Prinsip perundangan bahawa sumpah itu lebih lemah daripada bukti dan keterangan saksi disepakati oleh fiqh Islam dan sistem kehakiman moden.”

Tambahnya, sumpah yang dimaksudkan oleh para ulama merujuk kepada sumpah yang dilakukan atas perintah hakim dalam mahkamah atau majlis perbicaraan, bukan sumpah yang dilakukan sendiri di luar mahkamah.

“Tindakan bersumpah di luar mahkamah adalah berisiko kerana ia membuka ruang helah di mana seseorang itu menggunakan teksnya sendiri yang mungkin berbeza daripada perkara yang dituduhkan terhadapnya, tetapi orang menyangka ia adalah perkara yang dituduhkan,” kata majlis itu lagi.

Menurutnya, pihak yang menggunakan helah ini menyangka perkara yang disumpahkan itu melepaskan dirinya daripada dosa.

“Namun, tindakan helah dalam bab yang menzalimi hak orang lain ataupun membolehkan seseorang lari daripada hukuman adil itu dosanya sama sahaja dengan pembohongan, apatah lagi bila disertai sumpah.”

Tambah Majlis Hal Ehwal Syariah IKRAM lagi, menurut dimensi perundangan pula, sumpah yang dilakukan sendiri di luar mahkamah ini tidak akan mengubah apa-apa keputusan dan perjalanan perbicaraan di mahkamah.

“Manakala menurut dimensi hukum-hakam, implikasi dosa dan pahala sumpah yang dilakukan di luar mahkamah itu tetap terpakai.”

Majlis itu menyimpulkan, jika pihak yang bersumpah itu bercakap benar dan bukan atas niat helah, maka hukumnya adalah harus, namun ia tetap tidak akan mengubah apa-apa keputusan mahkamah.

“Perbuatan ini juga boleh dikira memberi kesan kepada kewibawaan mahkamah, ataupun dikira mencabar mahkamah sekiranya perbicaraan masih sedang dijalankan,” tegasnya.

Mainan Persepsi?

Menerusi dua pandangan di atas, sudah terang lagi bersuluh, sumpah laknat yang dilakukan di luar mahkamah tidak terpakai menurut perundangan Islam, dan masjid tidak sesuai dijadikan tempat bersumpah.

Sesetengah individu nampaknya menjadikan sumpah laknat di luar mahkamah untuk menafikan melakukan sesuatu jenayah, sedangkan mereka masih lagi dalam proses perbicaraan.

Oleh itu, aksi sebegini tidak wajar dilakukan. Sentimen emosi diwujudkan, persepsi dimainkan sekadar untuk meraih simpati seolah-olah orang yang didakwa tidak diberi perbicaraan yang adil di mahkamah.

Motif apa bersumpah laknat di luar mahkamah tidaklah diketahui melainkan tuan empunya diri. Ada baiknya orang yang didakwa meneruskan proses perbicaraannya di mahkamah dan menerima keputusan terhadapnya dengan reda.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia