Vaksinasi Kanak-Kanak, PICKids Dibuka Selama 5 Hari

SERI KEMBANGAN – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dibuka selama lima hari mulai hari ini sehingga 24 Jun untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berumur lima tahun hingga 11 tahun. “Pembukaan program vaksinasi itu adalah bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lepas, bertemakan Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua,” kata […]
Hari Bapa 2022: Pencorak Rumah Tangga Bahagia

Ahad, 19 Jun 2022 adalah sambutan Hari Bapa. Sebagai bapa, kita harus bersyukur atas kurniaan ini. Bapa adalah ketua, pemimpin, pelindung dan pendidik dalam rumah tangga. Jatuh bangun sesebuah keluarga banyak bergantung kepada bapa. Sebagai nakhoda kepada bahtera keluarga, ia mengemudi bahtera itu dengan bantuan pasangannya dan semua kelasi kapal. Badai dan ombak yang melanda […]
Perutusan Hari Bapa 2022: Kasih Bapa Pelindung Keluarga

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama-sama rakyat Malaysia menyambut Hari Bapa 2022 dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah SWT. Seorang bapa adalah paksi dan tiang seri sebuah keluarga. Kekuatan dan kesejahteraan keluarga banyak bergantung kepada peranan dan pengorbanan beliau. Bapa juga disebut dengan pelbagai panggilan mesra yang mempunyai sifat-sifat kepemimpinan, bersemangat dalam urusan, bertahan dengan tekanan, […]
Lightyear 2022: Peka Anasir Perosak Kesejahteraan Anak

Adakah novelis terkenal dunia, Leo Tolstoy salah kerana beliau telah mengatakan bahawa semua keluarga bahagia adalah sama dan sekurang-kurangnya berkongsi ciri asas tertentu? Kebanyakan pakar mengakui kesahihan kata-kata ini, kerana ia telah terbukti sebagai hasil kajian dan penyelidikan bahawa keluarga bahagia mempunyai ciri-ciri tertentu. Sebahagian daripada mereka percaya bahawa kebahagiaan keluarga dicapai melalui kekayaan dan […]
Mengasah Bakat Kepimpinan Pelajar Melalui Latihan Kader Du’at

AYER KEROH – Program Latihan Kader Du’at (LKD) Ke-13 telah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu dalam satu majlis penutup di sini yang dihadiri 119 orang pelajar lepasan SPM dari sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH seluruh negara. Program tahunan ini telah bermula 21 Mei lalu secara dalam talian dan berlangsung selama empat minggu berturut-turut. “Alhamdulillah, seramai 119 […]
Kesihatan Mental Lelaki Jadi Fokus Forum Hari Bapa

SERI KEMBANGAN – Dua forum menarik secara dalam talian bakal bertemu penonton pada hujung minggu ini sempena Sambutan Hari Bapa 2022 anjuran Better Dads Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Dalam satu kenyataan bersama semalam, Jason Leong, Penasihat Better Dads Malaysia dan Dr Sabariah Baharun, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM berkata, sambutan Hari Bapa pada tahun […]