Kesihatan Mental Lelaki Jadi Fokus Forum Hari Bapa

Kesihatan Mental Lelaki Jadi Fokus Forum Hari Bapa | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Dua forum menarik secara dalam talian bakal bertemu penonton pada hujung minggu ini sempena Sambutan Hari Bapa 2022 anjuran Better Dads Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Dalam satu kenyataan bersama semalam, Jason Leong, Penasihat Better Dads Malaysia dan Dr Sabariah Baharun, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM berkata, sambutan Hari Bapa pada tahun ini bertemakan “Membina Ketahanan Bapa dan Keluarga Berlandaskan Kesejahteraan Mental”.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, purata kadar bunuh diri bagi tahun 2017-2019 ialah 5.6 bagi setiap 100,000 orang tetapi kadar bunuh diri bagi lelaki lebih ketara iaitu 8.8 bagi setiap 100,000 orang berbanding 2.4 bagi setiap 100,000 bagi wanita.

“Malaysia telah menyaksikan peningkatan sebanyak 61.7 peratus percubaan membunuh diri dalam tempoh enam tahun dari 2016, dengan catatan lebih tinggi dalam kalangan lelaki dewasa berumur 19 hingga 40 tahun.”

Tambah mereka, data polis yang dikongsi dalam media menunjukkan 312 orang cuba membunuh diri pada 2021. Daripada 312 percubaan bunuh diri tersebut, 67.9 peratus atau 212 adalah lelaki dan 32.1 peratus atau 100 orang adalah perempuan.

Manakala lebih separuh daripada kes pada 2021 (60.3 peratus) melibatkan orang dewasa berumur 19 hingga 40 tahun dengan 188 kes (131 lelaki dan 57 perempuan).

“Sebanyak dua (2) forum dalam talian yang memfokuskan kepada daya tahan dan kesihatan mental kaum lelaki juga akan diadakan sebagai sebahagian daripada Program Hari Bapa 2022,” kata mereka.

Forum-forum tersebut bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad (18 & 19 Jun 2022) ini yang membawakan panelis yang arif dalam bidang kekeluargaan menerusi forum dalam bahasa Melayu dan  Inggeris.

Forum Pertama

Tarikh: 18 Jun 2022 (Sabtu) 

Masa: 8.30 – 10.30 malam

Tajuk: Bapa Hero Keluarga: Membina Ketahanan Bapa (Bahasa Melayu)

Moderator: Cik Murni Hayati Mohd Dollah (IKRAM)

Panelis:

1. En. Ahmad Shafiai Uda Jaafar
(Pakar Kepintaran Gender, Jurulatih Profesional & Penulis)

2. En. Eddy Marson Yasir
(Penceramah Profesional & Jurulatih Kehidupan Keluarga, Better Dads Malaysia)

Forum Kedua

Tarikh: 19 Jun 2022 (Ahad) 

Masa: 8.30 – 10.30 malam

Tajuk: Resilient Fathers Build Resilient Families: Promoting Mental Health & Emotional Wellbeing (Bahasa Inggeris)

Moderator: Mr. Joshua Hong (Better Dads Malaysia)

Panelis:

1. Pn. Azlina @ Roszy Mohamad Ghaffar
(Perunding Psikologi Klinikal, Pengasas & CEO Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah) 

2. Mr. Jason Leong
(Pengasas bersama dan Penasihat, Better Dads Malaysia)

Menurut mereka, program bersama Sambutan Hari Bapa 2022 ini disokong oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Bersempena dengan Sambutan Hari Bapa 2022, Better Dads Malaysia akan mengumumkan dua pemenang Anugerah Bapa Teladan,” tambah Jason dan Dr Sabariah.

Pemenang Anugerah Bapa Teladan akan diumumkan semasa dua forum tersebut berlangsung yang akan disiarkan secara langsung (Live) melalui laman Facebook Better Dads Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Dalam pada itu, Dr Sabariah berkata, IKRAM berbesar hati dapat bekerjasama dengan Better Dads Malaysia untuk menganjurkan program Sambutan Hari Bapa 2022.

“Kami percaya dengan membina institusi keluarga utuh melalui hubungan etnik dan agama yang harmoni ini dapat memotivasikan dan memperkukuh kaum bapa di seluruh negara serta dapat membangunkan masyarakat yang kuat, bersatu padu dan progresif dalam konsep Negara Rahmah atau Negara Penyayang,” jelasnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia