Mengasah Bakat Kepimpinan Pelajar Melalui Latihan Kader Du’at

Mengasah Bakat Kepimpinan Pelajar Melalui Latihan Kader Du’at | IKRAM

AYER KEROH – Program Latihan Kader Du’at (LKD) Ke-13 telah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu dalam satu majlis penutup di sini yang dihadiri 119 orang pelajar lepasan SPM dari sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH seluruh negara.

Program tahunan ini telah bermula 21 Mei lalu secara dalam talian dan berlangsung selama empat minggu berturut-turut.

“Alhamdulillah, seramai 119 peserta hadir dalam acara penutup. Pihak penganjur masih mengambil berat pelaksanaan LKD sebagai salah satu usaha memastikan bakat dan tenaga pelapis kepemimpinan terus mengalir secara sihat dan mapan,” ujar Dayang Norhayani Amir, Penasihat Umum Kader Du’at Musleh (KDM).

Beliau berkata, antara bentuk aktiviti yang dijalankan untuk siri kali ini ialah seminar, forum, latihan dalam kumpulan, penulisan, diskusi kepimpinan, slot perkongsian pengalaman dan sesi soal jawab.

Memasuki siri ke-13 penganjurannya, tahun ini merupakan tahun ke-2 LKD dijalankan secara dalam talian sebelum majlis penutup diadakan selama dua hari satu malam secara bersemuka di D’Village Resort, Melaka.

LKD kali memberikan fokus kepada program penuh pada hujung minggu bagi mempermudahkan perjalanan program yang diadakan secara dalam talian dan untuk menjamin keberkesanan objektif yang telah digariskan.

Melalui program ini, para peserta dibentuk agar menjadi peribadi du’at yang mantap dan thabat sekali gus bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.

Bagi memenuhi hasrat tersebut, aspek tarbiah sangat diutamakan seiring dengan mengasah bakat kepimpinan yang lain.

Latihan Kader Du’at (LKD) merupakan program anjuran Kader Du’at Musleh (KDM) dengan kerjasama Bahagian Tarbiah IKRAM MUSLEH dan IKRAM Muda Malaysia.

Antara objektif LKD ialah untuk menyediakan para peserta yang berpotensi, berketrampilan dan menunjukkan sahsiah cemerlang dalam kalangan para pelajar dengan kemahiran kepemimpinan dalam usaha melahirkan du’at dan pemimpin yang cemerlang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia