Ramadan, bulan istimewa yang dinantikan

Syaaban bakal melabuhkan tirai. Ini bermakna Ramadan akan bertamu. Apakah reaksi kita dan keluarga apabila mendengar perkataan Ramadan? Mula terbayang pasar-pasar yang menghidangkan pelbagai juadah? Deretan air-air sejuk nan dingin tatkala melintasi tekak yang haus? Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, bukan hanya bulan untuk kita kisahkan tentang apa yang boleh dan […]
Gantung siaran drama ‘Perempuan Itu’ – Wanita IKRAM & MAP

SERI KEMBANGAN – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) dan Malaysians Against Pornography (MAP) menggesa agar drama ‘Perempuan Itu’ digantung penyiarannya kerana dengan jelas cuba meraih publisiti murahan dan mengandungi unsur-unsur gangguan seksual secara terang-terangan. “Walaupun klip video tersebut telah diturunkan daripada media sosial dan pelakon serta syarikat tersebut telah memohon maaf, namun begitu […]
Jauhi manusia toksik

Seringnya pabila ada, ia tidak menghargai sesuatu itu dengan selayaknya. Pabila tiada, waktu itulah akan terbit kata-kata penyesalan yang seakan tiada berkesudahan. Ketika diingatkan dalam sesuatu hal, acap kali dinafikan segala yang diperbuat itu. Paling tidak, rendah hatilah memohon kemaafan dan mengaku salah dengan apa yang telah terjadi. Namun, situasi itu jarang sekali […]
Drama berunsur lucah bukan budaya kita

Baru-baru ini tular di media sosial klip pendek drama Melayu berjudul ‘Perempuan Itu’ yang dijangkakan tayangannya pada bulan Ramadan ini, memaparkan adegan berunsur seksual dan lucah. Walaupun klip video tersebut telah diturunkan daripada media sosial dan pelakon serta syarikat tersebut telah memohon maaf, namun begitu perancangan adegan sedemikian tidak seharusnya dihasilkan sejak dari mula. […]
Parlimen Malaysia sambut Hari Komanwel esok

SERI KEMBANGAN – Bagi meraikan kepelbagaian jalinan persefahaman antara negara anggota Komanwel, Parlimen Malaysia akan menyambut Hari Komanwel 2022 pada esok, Rabu. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) antara lain bagi meraikan sumbangan Komanwel untuk mewujudkan persekitaran global yang […]
Kes Covid-19 turun di bawah 20,000

SERI KEMBANGAN – Negara buat pertama kali mencatatkan angka kes positif Covid-19 harian di bawah paras 20,000 sejak 11 Februari lalu, iaitu 19,105 kes pada Ahad. Angka yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 3,993,124 kes. “Jumlah berkenaan melibatkan 18,713 kes tempatan dan 386 kes […]