Kes Covid-19 turun di bawah 20,000

SERI KEMBANGAN – Negara buat pertama kali mencatatkan angka kes positif Covid-19 harian di bawah paras 20,000 sejak 11 Februari lalu, iaitu 19,105 kes pada Ahad.

 

Angka yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 3,993,124 kes.

 

“Jumlah berkenaan melibatkan 18,713 kes tempatan dan 386 kes import dan bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,267 kes atau 43.27 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 10,645 kes atau 55.72 peratus adalah pesakit kategori dua,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Manakala bagi kategori tiga, terdapat 81 kes (0.42 peratus), kategori empat dengan 44 kes (0.23 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 68 kes (0.36 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

 

“Berdasarkan jumlah keseluruhan 193 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 58 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.”

 

Tambahnya lagi, sebanyak 78 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak dan sebanyak 57 kes pula sudah menerima dos penggalak.

 

“Selain itu, 92 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 81 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada melibatkan kes ibu mengandung.”

 

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak satu kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 304.

 

“Sebanyak 371 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 158 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 213,” katanya.

 

Dalam pada itu, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 203 kes dilaporkan dengan 95 kes disahkan Covid-19 dan 108 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

 

Beliau turut memaklumkan, negara merekodkan sebanyak 28,250 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,684,665 kes setakat ini.

 

Menurutnya, KKM merekodkan sebanyak 71 kematian baharu akibat Covid-19 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

 

Laman sesawang CovidNow melaporkan, jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,400. Bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,225 kes.

 

Laporan tersebut turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 28 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

 

Terdahulu, Kedah menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 60 kematian, diikuti Perlis dengan 59 dan Perak (58).

 

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) ialah 58.4 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33 peratus.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia