Gantung siaran drama ‘Perempuan Itu’ – Wanita IKRAM & MAP

SERI KEMBANGAN – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) dan Malaysians Against Pornography (MAP) menggesa agar drama ‘Perempuan Itu’ digantung penyiarannya kerana dengan jelas cuba meraih publisiti murahan dan mengandungi unsur-unsur gangguan seksual secara terang-terangan.

 

“Walaupun klip video tersebut telah diturunkan daripada media sosial dan pelakon serta syarikat tersebut telah memohon maaf, namun begitu perancangan adegan sedemikian tidak seharusnya dihasilkan sejak dari mula,” kata Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dan Pengerusi MAP, Dr Shamsuriani Md Jamal.

 

Mereka berkata demikian dalam satu kenyataan media bersama bertajuk ‘Drama Berunsur Lucah Bukan Budaya Kita’ pada Selasa.

 

“Adegan berunsur seksual dan lucah, sama ada secara langsung atau berkias, tidak sepatutnya dinormalisasikan dalam industri filem dan hiburan.”

 

Menurut mereka, adegan pornografi seperti ini merosakkan pemikiran anak muda dan paling ditakuti sekiranya ia menjadi ikutan gaya hidup seterusnya budaya dalam kalangan remaja. Ia juga menjatuhkan maruah wanita dan menjadikan wanita sebagai objek seksual.

 

“Kejayaan sesebuah filem atau drama tidak bergantung kepada adegan murahan seperti aksi lucah tetapi mesej yang hendak disampaikan untuk membangunkan masyarakat,” tegas Ustazah Sallawahiu dan Dr Shamsuriani.

 

Kata mereka lagi, adegan ini jelas mengambil mudah syariat agama dan menimbulkan salah faham terhadap agama Islam disebabkan majoriti pelakon serta syarikat produksinya terdiri daripada orang Islam.

 

Wanita IKRAM dan MAP turut menggesa agar pelakon, pengarah, penyunting dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri perfileman dan hiburan lebih prihatin dalam menjaga batas agama dan nilai masyarakat.

 

“Pengisian drama dan filem di Malaysia harus mengetengahkan nilai bermoral tinggi berlandaskan syariat agama dan budaya masyarakat Malaysia.”

 

“Sebarang pelanggaran etika yang menyalahi budaya dan moral masyarakat Malaysia daripada mana-mana pihak harus diambil tindakan tegas.”

 

Wanita IKRAM dan MAP juga menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Lembaga Penapis Filem Malaysia berkaitan meneliti garis panduan agar lebih jelas berhubung perkara ini terutamanya perihal mengukuhkan penguatkuasaan bagi mengelak insiden-insiden seperti ini sama ada di media perdana atau media sosial, berulang kembali.

 

Kenyataan media bersama ini turut disokong oleh Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (Teratai), Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PENAWAN), Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR), Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia