ToT Mesir: Sampai maklumat tepat kepada masyarakat
GOMBAK – Training of Trainers (ToT) Mesir telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Sabtu lalu bagi memberi pendedahan kepada semua aktivis IKRAM mengenai maklumat yang tepat mengenai Mesir untuk disampaikan kepada masyarakat.
Di samping itu, aktivis IKRAM perlu melaksanakan pelbagai akitiviti penerangan terkini Mesir di peringkat negeri dan daerah, setelah pulang daripada ToT Mesir.
Kami bangkit melawan rampasan kuasa demi kemuliaan rakyat Mesir – Beltagy
Mohamed El-Beltagy, anggota Majlis Tertinggi FJP menegaskan bahawa penyembelihan yang dilakukan oleh puak-puak inqilabiyyun (perampas kuasa) ketika menyuraikan demonstran di Dataran Rabi’ah dan Nahdhah serta tindakan selanjutnya membakar mayat, membiarkan mereka yang luka tanpa rawatan, mengepung masjid-masjid lantas membakar serta menceroboh kesuciannya, tidak pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah.
Pendekatan aman kami adalah rahsia kekuatan kami – Ikhwan Muslimin
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya.
Sesungguhnya para perampas kuasa dan pembuat kerosakan telah melampau dalam menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa, mencabut roh-roh yang suci tanpa alasan yang benar.
Serangan kimia di Syria: Bawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – IKRAM Health
Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sekali lagi dunia dikejutkan dengan berita serangan ke atas rakyat syria oleh rejim Bashar al-Assad yang telah mengorbankan 1,364 rakyat Syria (sumber daripada FB IKRAM4Syria) di wilayah Ghouta, Timur Damsyik.
Tragedi di Mesir: Gambaran Hassan Al-Banna menjadi realiti
Imam Hassan Al-Banna pernah mengungkapkan halangan dan cabaran dakwah Ikhwan Muslimin dalam risalah yang bertajuk “Antara Semalam dan Hari Ini”. Dengan izin Allah, beliau seolah-olah mendapat gambaran apa yang akan berlaku terhadap Ikhwan Muslimin pada masa hadapan.
Pembunuhan Mesir: Kenyataan media IKRAM Siswa
IKRAM SISWA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA PEMBUNUHAN DI MESIR
IKRAM Siswa sebagai sebuah pertubuhan mahasiswa di Malaysia mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa dan kerajaan tidak sah Mesir dalam membunuh dan mencederakan para penyokong Morsi baru-baru ini.