Serangan kimia di Syria: Bawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – IKRAM Health

Dilaporkan bahawa mereka yang terkorban diserang ketika mereka sedang lena tidur di rumah masing-masing. Dilaporkan bahawa sejenis senjata kimia telah digunakan dan ia dipercayai sebagai gas sarin. Gas sarin merupakan sejenis agen saraf yang toksik berbentuk cecair atau wap dan diserap ke dalam badan melalui kulit, mata dan pernafasan.

Mangsa yang terdedah dengan gas sarin akan mengalami pelbagai gejala yang menyiksakan seperti rembesan cecair badan berlebihan (glandular hypersecretion) seperti di dalam paru-paru dan pundi liur, lumpuh satu badan, koma, sawan dan pernafasan berhenti (respiratory depression).

Ini jelas melanggar Geneva Protocol 1925 yang mengharamkan penggunaan segala jenis bentuk senjata kimia. Kami daripada IKRAM Health mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam ini.

Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk menyatakan pendirian dan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persidangan Kesatuan Islam (OIC) untuk membuat satu siasatan penuh atas kejadian ini dan mendakwa individu yang bertanggungjawab di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court).

Sekian, terima kasih.

Prof Dr Mohammed Fauzi bin Abd Rani
Pengerusi Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)

Sumber: FB IKRAM Health

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia