Pembunuhan Mesir: Kenyataan media IKRAM Siswa

 

Seperti yang kita sedia tahu, ribuan penyokong Presiden sah Mesir, Dr Morsi yang digulingkan oleh tentera, telah berkumpul dan bertapak di beberapa lokasi sekitar Mesir seperti Dataran Rab’ah Adawiyah dan Dataran Nahdhah. Mereka berkumpul atas dasar menuntut hak mengembalikan Presiden yang telah dipilih melalui pilihanraya yang adil dan sah.

 

Pihak berkuasa yang terdiri daripada tentera dan polis pada Rabu 14 Ogos 2013 telah sewenang-wenangnya membunuh sehingga kini lebih daripada 2,600 orang dan mencederakan 10 ribu penyokong Morsi. Ratusan ditangkap dan beberapa wartawan turut ditembak dengan alasan ingin menyuraikan penunjuk perasaan. Tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fattah al-Sisi ini wajar dikutuk oleh semua masyarakat antarabangsa kerana bertindak melampau dalam menyuraikan penyokong kebenaran.

 

Apa sekalipun alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua serta menghalang pasukan perubatan daripada menjalankan kerja adalah suatu tindakan yang di luar prinsip kemanusiaan. Apatah lagi membakar dan memusnahkan hospital yang penuh dengan ubat-ubatan serta tempat-tempat ibadat hanya dengan alasan ingin menjaga keamananan negara.

 

Pelbagai tuduhan dilemparkan seperti penyokong Morsi membawa senjata, membunuh tentera dan polis dan lain-lain tuduhan palsu, hakikatnya ia adalah bertujuan untuk mengaburkan masyarakat dunia dan menjadikannya alasan untuk pembunuhan dan kezaliman terus berlaku. Sebahagian pemimpin dunia khususnya negara Islam masih bertindak berdiam diri tanpa menyatakan pendirian mereka terhadap kekejaman kerajaan haram Mesir.

 

Oleh itu, IKRAM Siswa mewakili suara sebahagian daripada mahasiswa tanah air menuntut kesemua pihak-pihak yang terbabit supaya:

1. Hentikan pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan yang aman.

2. Kembalikan hak rakyat yang telah memilih pemimpin yang sah, Dr Morsi.

3. Negara-negara Islam mengutuk dan mengecam tindakan tentera pimpinan As Sisi.

4. Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian yang tegas terhadap kezaliman yang berlaku di Mesir.

5. Rakyat Malaysia sama-sama menyokong “legitimacy” Presiden Morsi.

 

Tuan Muhd Taufik Tuan Hussin

Presiden

IKRAM Siswa Nasional

16 Ogos 2013

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia