Bengkel Penulisan dan Fotografi untuk aktivis media NS
SENAWANG – Pada Ahad 3 Februari 2013 yang lalu, Bengkel Penulisan dan Fotografi telah diadakan di Pejabat IKRAM Negeri Sembilan yang dihadiri 12 orang penggerak media IKRAM negeri, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melaporkan berita atau aktiviti-aktiviti IKRAM serta melatih kemahiran asas media.
Jaulah MHi ke Kelantan dan Thailand
YALA – Seramai 42 peserta Madrasatul Hayah IKRAM (MHi) telah menyertai Jaulah MHi ke Kelantan dan Thailand pada 14-23 Januari 2013 sebaik sahaja MHi berakhir pada 12 Januari 2013 di Kem Hulu Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor. Pelbagai aktiviti kemasyarakat, pengisian dan lawatan telah dirancang sepanjang jaulah ini.
Madrasatul Hayah IKRAM sekolah kehidupan bakal du’at
BATANG KALI – Seramai 82 peserta telah berjaya menjadi graduan Madrasatul Hayah IKRAM (MHi) bagi sesi 2012-2013 bermula 16 Disember 2012 hingga 12 Januari 2013. Program yang menerapkan konsep sekolah kehidupan ini telah diadakan di Kem Rimba Tamu di sini.