Jaulah MHi ke Kelantan dan Thailand

Isnin 14 Januari 2013

Sesi taklimat jaulah oleh Akh Hafiz dan Ukht Asma’ Zaid. Sesi taklimat fokus kepada dua perkara, iaitu aturcara jaulah secara umum dan peringatan berkenaan adab, akhlak dan wajibat (kewajipan) jaulah. Jaulah ini telah dilepaskan (flag off) oleh Pengerusi Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), Dr Ahmad Zainudin Abdullah di mana KIMB menjadi ejen takaful kembara rasmi MHi. Perjalanan mengambil masa 8 jam melalui Gua Musang. Tepat jam 9.00 malam, peserta tiba di Kota Bharu.

Selasa 15 Januari 2013

Sebelah pagi, para peserta telah mengadakan sesi “Street Dakwah” di bandar Kota Bharu, iaitu sambil Street Dakwah, sambil membeli belah. Sebelah petang pula, para peserta mengdakan khidmat masyarakat di Sekolah Rendah Islam Aman di Telipot. Kemudian peserta ke Pantai Cahaya Bulan, berehlah dan membaca al-Ma’thurat di tepi pantai. Sebelah malam pula, peserta lelaki telah mengadakan perlawanan futsal antara peserta MHi dan IKRAMTeens Kota Bharu.

Rabu 16 Januari 2013

Paginya, peserta dibawa ke Sekolah Rendah Islam Aman di Wakaf Bharu, Tumpat. Di sini para peserta diberi pelbagai tugasan; ada yang melakukan khidmat masyarakat dengan penduduk kampung, ada yang bergotong royong di sekolah, ada yang mengajar di kelas Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta membantu menyusun perpustakaan. Terpampang kepuasan di wajah peserta setelah memberi khidmat tersebut.

Petang itu peserta bertolak ke Pengkalan Kubur bersempadan dengan Thailand untuk memudahkan pergerakan ke sana pada keesokannya. Malam itu peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebagai persediaan program sekolah angkat di Thailand.

Khamis 17 Januari 2013

Peserta bertolak ke sempadan Thailand melalui Takbai, sebuah pekan yang sarat dengan pusat jualan, imegresennya agak mundur dan terlalu kecil. Peserta meneruskan perjalanan ke Yala, iaitu lokasi untuk peserta berjumpa dengan Mudir (Pengetua) sekolah angkat masing-masing. Jam 3.00 petang waktu tempatan, peserta tiba di Yala.

Mereka disambut dengan penuh meriah, ditempatkan di penginapan “myHome” milik Ustaz Sukere, Pengerusi Lujnah Pemuda Thailand. Penginapan yang cantik dan indah, mendamaikan, dengan angin-angin sepoi bahasa, ditambah pula dengan hidangan nasi daging kambing yang cukup mengujakan.

Kemudian peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan, merujuk kepada 9 buah sekolah angkat yang sudi menerima. Para peserta akan berada di sekolah angkat pada 17-20 Januari 2013. Antara tugasan yang perlu dilaksanakan ialah sesi taa’ruf (mesti kreatif ), menyampaikan tazkirah, menyampaikan pengucapan awam, menjadi imam, bilal, mengetuai bacaan al-Ma’thurat, membetulkan penggunaan Bahasa Melayu, mengadakan gotong royong dan sebagainya.

Semasa sesi pemantauan di sekolah angkat, para peserta telah melaksanakan tugasan dan wajibat ini dengan baik, malah ada yang menambah tugasan seperti mengadakan sesi mabit (qiyamullail), riadhah bersama, menjadi guru, memasak untuk pelajar asrama dan mengadakan program motivasi. Para peserta pula bekerjasama dengan Mudir sekolah dan WAMY Teens Thailand.

Sabtu 19 Januari 2013

Kursus Kepimpinan Remaja anjuran WamyTeens Thailand telah diadakan di mana kursus dikendalikan oleh Pengarah IKRAMTeens Pusat, Mohd Hafiz Abd Hamid.


Ahad 20 Januari 2013

Para peserta berkumpul semula pada jam 7.00 malam di Sekolah Darul Uloom untuk majlis wida’ (perpisahan) bersama sahabat-sahabat di Thailand. Antaranya makan malam bersama, syarahan dan persembahan multimedia program di sekolah angkat masing-masing.

Isnin 21 Januari 2013

Peserta meneruskan perjalanan ke Satoon. Sebelum tiba di sana, mereka singgah di bandar Songkhla untuk melawat beberapa tempat menarik. Perjalanan yang menarik dan mempesonakan, sambil menikmati keselesaan bas eksekutif yang cukup menawan. Peserta tiba di Satoon sekitar jam 6.30 petang. Malam itu peserta menikmati BBQ yang ditaja oleh WAMY Teens Thailand.

Selasa 22 Januari 2013

Aktiviti pagi bermula dengan berkayak di Sungai Satoon. Satu pengalaman yang sangat menarik dan tidak dapat peserta lupakan di mana peserta berkayak sejauh 10 km, menyusuri sungai. Adakalanya arus tenang, adakalanya arus deras dan terpaksa menempuh cabaran ekstrem.

Paling menarik apabila sungai tersebut melalui Gua Satoon sepanjang 2 km. Walaupun begitu, peserta tidak dibenarkan membawa kamera untuk dikongsi pengalaman manis ini. Selesai kayak, petang itu peserta bertolak ke Hat Yai (atau Hadnyai) dan bermalam di situ.

Rabu 23 Januari 2013

Paginya peserta mengadakan sesi muhasabah, setiap kumpulan diminta untuk memberikan tiga perkara yang baik dan dua perkara yang perlu diperbaiki bersama. Kemudian peserta diberi peluang untuk membeli belah di sekitar Bandar Hat Yai.

Tepat jam 2.00 petang, peserta bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan sungguh cepat, kerana setiap dari peserta dihanyutkan oleh kenangan seminggu di Thailand. Peserta tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.00 pagi.

Keunikan jaulah

Jaulah MHi mempunyai keunikannya sendiri berbanding jaulah lain di mana peserta perlu memastikan mereka melaksanakan wajibat harian sepanjang jaulah (bacaan quran, mathurat, solat berjamaah), menjaga akhlak, menjaga adab serta sentiasa menjadi imej sebagai da’ie di mana jua mereka berada. Semoga jaulah ini, memberi sejuta pengalaman, ilmu dan pengetahuan buat peserta, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia