Bengkel Penulisan dan Fotografi untuk aktivis media NS

Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu bengkel penulisan berita dan fotografi. Program pada sebelah paginya didahului dengan Bengkel Penulisan Berita yang disampaikan oleh AJK IKRAMedia Pusat, Prof Madya Mohamad Saidy Ismail (gambar kiri).

Pendedahan berkenaan teknik-teknik menulis berita yang baik dan berkesan serta praktikal bagi penulisan berita turut dijalankan.

Dalam pada itu, pada petangnya diteruskan dengan Bengkel Fotografi yang disampaikan oleh Amir Farid Sabuddin (gambar kanan) yang juga merupakan AJK IKRAMedia Pusat. Melalui bengkel ini, mereka yang hadir telah mempelajari beberapa teori dan elemen-elemen penting yang perlu digunapakai agar dapat menghasilkan gambar yang memeberi kesan dan nilai lagi berkualiti.

Di samping itu, Amir Farid turut mengajak peserta untuk berazam agar lebih aktif dan dinamik dalam menyebar luaskan aktiviti dan fikrah kepada masyarakat melalui penyebaran berita dan dokumentasi gambar.

Turut hadir bersama dalam program itu, AJK IKRAMedia Pusat, Hazly Amir Abdul Hamid.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia