Daurah Ta’hil Murabbi IKRAM-MUSLEH pertingkat komitmen tarbiah SRI-SMI
KLANG – Daurah Ta’hil Murabbi IKRAM-MUSLEH (DTMIM2012) telah diadakan pada 30 Jun-1 Julai lalu di Hotel Goldcourse bertemakan ‘Murabbi Berwibawa Tarbiah Diperkasa’ dengan penyertaan seramai 227 para pendidik, kakitangan dan murabbi SRI-SMI di seluruh Malaysia yang bertujuan untuk memantapkan peranan peserta sebagai murabbi da’i.
Bekalan berharga MISI ‘12 bentuk pendakwah muda berkualiti – Bahagian 3
Hari ke-10 mengundang. Para peserta MISI’12 bangun dengan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dengan izin-Nya, dapat menikmati nikmat Islam dan Iman. Qiyamullail dilakukan disusuli solat Subuh berjemaah. Kemudian, peserta berkawad dan bersenam diikuti permainan bola keranjang oleh peserta perempuan dan permainan futsal oleh peserta lelaki. Sarapan pagi bubur ayam dan air teh ‘O’ turut dinikmati bersama.
Muzakah JKPE sasar jayakan misi “1 Daerah, 1 Projek Ekonomi”
SERI KEMBANGAN – “Kita perlu melahirkan penggerak ekonomi dan usahawan berjaya bagi memenuhi keperluan ekonomi ummah di masa depan”, begitulah antara kata Presiden IKRAM, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad semasa merasmikan Muzakarah Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi (JKPE) pada Sabtu lalu.