Revolusi Syria: Lawatan ulama, pimpinan IM Syria ke Malaysia berjaya buka mata masyarakat
KUALA LUMPUR – Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria yang diterajui IKRAM, ABIM, HALUAN dan 24 NGO, telah menjemput dua tokoh Syria untuk memberi kesedaran tentang realiti kebangkitan rakyat dan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Syria hasil kekejaman rejim Basyar Al-Assad.
Teroka gua, War Games, aktiviti lasak dalam Endurance Camp
BATANG KALI – Tatkala ramai belia berhimpun di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia Negara, 28 belia Selangor memilih untuk menyertai Endurance Camp anjuran Belia IKRAM Selangor dengan kerjasama Belia IKRAM Shah Alam pada 26-27 Mei yang lalu di Kem Rimba Tamu di Hulu Tamu.
BMW 2.0: Pewaris Kegemilangan Salahuddin Al-Ayyubi
HULU LANGAT – Pada 27-29 Mei 2012 yang lalu, telah berlangsung program kem kepimpinan dan motivasi remaja yang diberi nama “Be A Muslim Warrior “ atau lebih mesra dengan jenama BMW 2.0. Bertemakan “Pewaris Kegemilangan Salahudin Al-Ayyubi”, program ini telah diadakan di Kem Idaman Nurani, Kuala Pangsoon, Batu 20 di sini.
Malam Medan Puisi Palestin dan Syria
KOTA BHARU – Malam Medan Puisi – Menyingkap Tabir Keamanan Syria dan Palestin bagi memperingati perjuangan rakyat di sana telah berjaya diadakan oleh pelajar-pelajar Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan pada Jumaat 11 Mei 2012 yang lalu di Dewan Utama USM.
Ceramah khas “Selamatkan Syria”
KUALA LUMPUR – Ceramah Khas “Selamatkan Syria” anjuran Surau Al-‘Izzah Taman Samudera dan Ikram Daerah Batu telah diadakan malam tadi selepas solat Maghrib di surau ini. Ceramah yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mendapat sambutan yang baik daripada ahli kariah dan masyarakat sekitar.
Ikram mempunyai 7,309 orang ahli
BANDAR SERI PUTRA – Penolong Setiausaha Agung (PSUA) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Sdr Hj Mohamad Yaakub Idris dalam pembentangannya semasa Perhimpunan Ahli Teras (PAT) 2012 melaporkan bilangan ahli Ikram sehingga 11 Mei ialah 7,309 orang.