Ikram mempunyai 7,309 orang ahli

PSUA IKRAM Yaakub

Daripada jumlah tersebut, seramai 4,119 adalah ahli biasa, 1,751 ahli aktif dan 1,439 ahli teras. Bilangan ini amat memberangsangkan kerana ia memperlihatkan perkembangan lebih 100 peratus sejak hari pelancaran Ikram pada 20 Jun 2010.

Pada hari pelancarannya di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, MINES, Seri Kembangan, Ikram mempunyai 69 cawangan dan jumlah ahlinya sudah menjangkau 3,500 orang. Dengan bilangan ahli terkini, ia adalah peningkatan sebanyak lebih 3,800 orang dalam masa tidak sampai dua tahun – satu perkembangan yang cukup membanggakan bagi sebuah pertubuhan ‘baru’.

Namun, walaupun jumlah ahlinya ialah 7,309, jumlah individu yang menyertai usrah berkala Ikram adalah seramai 12,799 orang dan mereka merupakan individu yang berpotensi untuk menjadi ahli.

Menurut PSUA, Ikram menyasarkan 30,000 ahli pada tahun 2014 dan 50,000 pada tahun 2015.

Beliau juga menyatakan secara ringkas 13 bidang keberhasilan utama (KRA) Ikram yang telah diputuskan secara bersama antara pimpinan dan ahli Ikram melalui Perancangan Ikram 2012-2015. Tiga belas KRA itu ialah tanzim, tarbiah, ummah dan masyarakat, media, belia dan remaja, wanita, dakwah, pendidikan, ekonomi, politik, antarabangsa dan operasi Ikram di Sabah dan Sarawak.

Ahli IKRAM

Sdr Yaakub telah merumuskan empat peranan penting berikut untuk ahli bergerak ke hadapan bagi merealisasikan harapan Ikram:

Pertama, melonjakkan tarbiah dan dakwah sebagai NGO Islam yang terbuka yang tidak bermula dari sifar. Kedua, berusaha bersungguh-sungguh agar aktivisme dakwah berjalan lancar dan tidak terjejas dengan memanfaatkan segala sumber dan pengalaman. Ketiga, merancang dengan teliti dan melaksanakan menurut Perancangan Ikram 2012-2015 di semua peringkat – Pusat, Negeri dan Daerah. Keempat, memberi yang terbaik untuk dakwah dan Ikram.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia